Salahuddin Ayub Dibedah, Disahkan Alami Pendarahan Otak

22 Jul 2023 • 9:14 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Salahuddin Ayub kini sedang menjalani pembedahan kerana pendarahan otak - gambar fail

KUALA LUMPUR — Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub disahkan mengalami pendarahan otak.

Setiausaha Akhbarnya, Syakirin Husnal berkata, Salahuddin kini sedang menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

Menurut beliau, Timbalan Presiden AMANAH itu dikejarkan ke wad kecemasan pada jam 10.15 malam tadi.

“Beliau menerima rawatan setelah mengalami mual dan muntah-muntah.

“Pejabat Menteri KPDN akan memaklumkan mengenai perkembangan kesihatan beliau dari semasa ke semasa,” katanya.

Jelas Syakirin, pejabat menteri juga memanjangkan ucapan terima kasih daripada pihak keluarga Salahuddin atas semua doa dititipkan.

“Terima kasih juga atas semua sokongan dan ingatan kepada beliau,” katanya. - Getaran, 22 Julai 2023