Salakan Anjing, ‘Hint’ Penemuan Ular Sawa Di Halaman Rumah

29 Mar 2023 • 7:21 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Salakan anjing peliharaan membantu menyedari kehadiran ular sawa

Salakan Anjing, ‘Hint’ Penemuan Ular Sawa Di Halaman Rumah. Kecerdikan, kesetiaan dan kebolehan mengesan menjadikan anjing berguna kepada penggembala dan pemburu, dan juga untuk peranan-peranan lain.

Baru-baru ini, penemuan seekor ular sawa di halaman sebuah rumah di Jalan Bario, Kampung Cina Lutong, Miri pada malam Selasa. Dipercayai hasil salakan anjing peliharaan yang membantu untuk mengesan keberadaan ular tersebut.

image is not available
Foto kredit: Utusan Borneo

Bagaimanapun, pengadu lelaki berusia 27 tahun terus menghubungi talian kecemasan untuk meminta bantuan khas menangkap ular berkenaan kerana bimbang keselamatan penghuni rumahnya.

Menurut info dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Miri, anggotanya menerima panggilan kecemasan terbabit kira-kira jam 11.46 malam.

“Sepasukan empat anggota APM diketuai Koperal (PA) Zool Ihsan Sahari bergegas ke rumah pengadu sejurus menerima panggilan kecemasan tersebut,”ujar pihak APM Miri menurut laporan.

“Setibanya di lokasi, skuad terus berjumpa dengan pengadu dan bertanyakan keberadaan ular, lalu pengadu memaklumkan menyedari kehadiran ular selepas anjingnya menyalak,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Ular masih berada di halaman rumah, namun berjaya ditangkap oleh pihak APM Miri

Dalam pada itu, anggota APM Miri turut menyatakan seekor ular sawa masih berada di luar rumah pengadu selepas tinjauan oleh anggota atau skuad yang bertugas.

image is not available
Gambar hiasan. Foto kredit: Astro Awani

Difahamkan skuad APM Miri berjaya menangkap seekor ular sawa dianggarkan sepanjang dua meter menggunakan peralatan khas yang disediakan oleh anggotanya.

“Selepas memastikan semuanya selamat, operasi tamat pada jam 12.20 tengah malam,” kata APM Miri.

Baca juga kisah yang berkaitan: