Salji tebal landa Jepun, kenderaan dan perkhidmatan kereta api turut terjejas

20 Dec 2022 • 5:46 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

TOKYO: Salji tebal yang melanda Niigata, selatan Tohoku dan kawasan lain di utara Tokyo menyebabkan kenderaan terkandas, manakala bekalan elektrik terputus dan operasi sektor pengangkutan terjejas, menurut agensi cuaca pada Selasa.

Agensi Meteorologi Jepun melaporkan bahawa setakat 11 pagi (0200 GMT), salji telah mencapai ketinggian 2.24 meter di sebuah kampung di Wilayah Yamagata dan 1.87 meter di Wilayah Niigata.

Kesesakan lalu lintas di kebanyakan lebuh raya utama dijangka berterusan, lapor Xinhua.

Pada awal pagi Selasa, kira-kira 800 kenderaan terkandas di lebuh raya di Kashiwazaki, manakala bekalan elektrik turut terputus dan beberapa perkhidmatan kereta api terpaksa dihenti tugas.

East Japan Railway Co berkata pihaknya terpaksa menghentikan beberapa perkhidmatannya awal pagi Selasa.

Agensi cuaca memaklumkan bahawa salji dijangka melanda lagi pada Khamis dan amaran angin kencang, ribut salji dan salji tebal mungkin dikeluarkan dalam masa terdekat.-Bernama