
Kota Kinabalu: Adun Usukan Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak (gambar) menyifatkan perbuatan mengaitkannya dengan amalan rasuah dan penyelewengan yang tersebar di media sosial sebagai cubaan mencemar nama baiknya.
“Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan dan kenyataan ini yang direka dengan niat jahat,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Kenyataan beliau itu dibuat susulan dakwaan yang tersebar luas di media sosial berhubung penjualan 45 peratus kepentingan rakyat Sabah di Common Tower Technologies, anak syarikat Qhazanah Sabah Berhad kepada syarikat Semenanjung Stealth Solutions Sdn Bhd yang dimiliki oleh Dato’ Amrul Hisyam Alias.
Bekas ketua menteri Sabah itu menegaskan bahawa penjualan saham berkenaan telah mengikut proses yang sewajarnya dan prosedur yang betul.
Ia juga telah diluluskan oleh “kerajaan negeri Sabah “, katanya.
Salleh berkata beliau sedang menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang mendalangi dakwaan liar itu.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
