Salleh saran ibu bapa, guru bekerjasama sebagai sekutu

19 Jun 2022 • 6:27 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KOTA BELUD: Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Usukan Datuk Seri Salleh Said Keruak menyeru ibu bapa dan guru supaya bekerjasama sebagai rakan sekutu bagi memastikan kejayaan sekolah dalam pelbagai aspek, termasuk pencapaian akademik.

Beliau berkata kajian menunjukkan penglibatan ibu bapa amat penting dalam membantu pelajar menyelami proses pembelajaran mereka.

Bekas Ketua Menteri Sabah itu berkata komunikasi berkesan penting bagi mewujudkan hubungan baik yang saling menghormati antara guru, ibu bapa, dan pelajar.

“Bagi saya petua terbaik untuk kejayaan sekolah ialah memastikan ibu bapa dan guru bekerjasama sebagai sekutu.

“Sebab itu, perjumpaan PIBG (Persatuan Ibu Bapa Guru) seperti yang diadakan hari ini wajar dihadiri ibu bapa. Medan inilah ibu bapa patut jadikan sebagai saluran untuk meluahnya buah fikiran, bertukar-tukar pendapat dan mengemukakan usul,” katanya.

Salleh berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SMK Arshad kali-24 di sini, Sabtu.

Sehubungan itu, katanya, PIBG memainkan peranan penting dalam mewujudkan kerjasama bagi memupuk rasa tanggungjawab bersama dan berusaha meningkatkan kualiti pengajaran guru dan pembelajaran murid di sekolah.

Beliau berkata melalui PIBG, kerjasama erat antara sekolah, ibu bapa serta komuniti atau perkongsian komuniti dengan sekolah juga boleh dipertingkatkan.

Salleh berkata PIBG perlu proaktif dalam soal kebajikan pelajar, guru dan sekolah.

Menyedari masalah yang dihadapi ibu bapa khususnya golongan B40 di negara ini, Salleh berkata pelbagai inisiatif, usaha dan program telah dilakukan kerajaan.

Ini termasuk Bantuan Persekolahan, Bantuan Tabung Amanah Pelajar Miskin, Bantuan Tablet Percuma untuk pelajar B40 di bawah inisiatif CERDIK, tambahnya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.