
GANDINGAN popular Bollywood, Salman Khan dan Karisma Kapoor kembali mencuri perhatian apabila netizen mula mencadangkan supaya kedua-dua bintang itu mendirikan rumah tangga selepas melihat keserasian mereka dalam program bual bicara Koffee With Karan musim kesembilan.
Pertemuan semula dua selebriti itu mengimbau nostalgia peminat yang mengikuti perjalanan persahabatan mereka sejak lebih tiga dekad lalu.
Malah, keakraban serta gelagat bersahaja mereka ketika berinteraksi dalam program tersebut mencetuskan pelbagai komen lucu dalam media sosial, termasuk desakan supaya mereka berkahwin.
Ada peminat menyifatkan Salman dan Karisma memiliki keserasian seperti pasangan suami isteri, manakala sebahagian lagi menganggap mereka sebagai gandingan kegemaran yang tidak pernah menjadi kenyataan dalam kehidupan sebenar.
“Salman dan Karisma nampak seperti suami isteri. Mengapa mereka tidak berkahwin?” masing-masing solo. Tidak salah kalau mereka berkahwin,” komen netizen.
Salman dan Karisma mempunyai persahabatan yang terjalin sejak sekitar 36 tahun lalu. Mereka juga pernah bergandingan dalam 11 filem, antaranya Judwaa, Biwi No. 1, Jeet dan Dulhan Hum Le Jayenge.
Keserasian yang ditampilkan menerusi filem-filem berkenaan menjadikan mereka antara pasangan layar perak yang masih diingati peminat sehingga hari ini.
Ketika ditanya siapakan gandingan heroin terbaiknya dalam filem, Salman bahkan lantas menjawab, Karisma Kapoor! Jawapannya itu membuatkan Karisma tersentuh dan mereka saling berpelukan.
Untuk rekod, Karisma pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Sunjay Kapur pada 2003 sebelum bercerai pada 2016. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata.
Salman pula masih belum pernah berkahwin, meskipun kehidupan peribadinya sering menjadi perhatian media dan peminat.
The post Salman, Karisma nampak macam suami isteri, tolonglah kahwin appeared first on Kosmo Online.
