Saluran air pecah punca gangguan bekalan di Manggatal

5 Jan 2024 • 4:46 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SATU saluran air utama yang pecah di Jalan UMS menjadi sebahagian punca masalah bekalan yang dialami pengguna di beberapa bahagian Manggatal, termasuk University Apartments1 (UA1), University Apartmens2 dan University Plaza, sejak beberapa hari lalu.

Seorang jurucakap Jabatan Air berkata sebuah paip sebesar 300 mililiter didapati bocor pada malam Tahun Baharu.

“Daripada kerosakan saluran utama yang dilapisi simen keluli di tengahnya, seolah-seolah ada seseorang yang secara tidak sengaja menggali paip tersebut,” katanya.

“Bagaimanapun, kontraktor pihak ketiga, yang bekerja di bahagian jalan tersebut, menafikan mereka tahu tentang perkara ini.”

SPONSORED CONTENT Sabah International Convention Centre’s Big Sabah Sale a big hit Kota Kinabalu: The Sabah International Convention Centre’s (SICC) Big Sabah Sale which concluded on Sunday saw a good response with about 20,000 visitors during the three-day extravaganza. . Read more Katanya, juruteknik jabatan tersebut mula melihat keadaan paip itu sebelum 11 malam pada Ahad. SALURAN air utama berhampiran jambatan ini di kawasan Sepanggar didapati bocor pada malam tahun baru.

Menurutnya, usaha mereka menjadi sukar memandangkan saluran yang rosak itu terbenam lebih 10 meter di sebelah jambatan dekat dengan Kompleks Perumahan Jabatan Perkhidmatan Penyelamat (FRSD) di Sepanggar.

“Kakitangan kami bekerja sepanjang malam untuk mencapai dan menutup kebocoran.”

Katanya, bekalan dari Loji Rawatan Telibong II ke kawasan ini terpaksa dihentikan buat sementara bagi mengelak pembaziran berterusan. GUMPALAN yang kelihatan seperti sebahagian daripada guni dikeluarkan dari penapis untuk meter pukal di UA1.

Jabatan tersebut mengeluarkan satu pemberitahuan pada 10.30 malam, yang diedarkan di media sosial, untuk memberi peringatan kepada pengguna – terutamanya mereka yang tinggal di kuarters FRSD, pusat dagangan Sulaman Sentral dan kawasan-kawasan sekitarnya – berhubung pemberhentian bekalan air mereka.

Jurucakap itu meminta maaf, bagi pihak Jabatan Air, atas kesulitan yang dialami orang ramai.

“Kerja membaikinya hanya selesai pada larut malam Hari Tahun Baharu, dengan bekalan air disambung semula secara berperingkat sebaik tekanan yang cukup terbentuk dalam saluran bekalan.”

Jurucakap itu menggesa kontraktor pihak ketiga yang menjalankan projek infrastruktur dan pembangunan di kawasan berkenaan agar memberikan notis pemberitahuan aktiviti mereka lebih awal kepada jabatan berkenaan. TEKANAN air yang mencapai meter pukal didapati boleh diterima selepas penapis dibersihkan.

“Ini dapat membantu mengurangkan sebarang gangguan yang mungkin berpunca daripada kerja-kerja seumpamanya pada masa akan datang.

Katanya, penurunan paras air di takungan R13 Jabatan Air di Bahagian Utara wilayah ini turut menyumbang kepada masalah air tersebut.

“Ini menambah lagi tekanan rendah bekalan di beberapa premis, bahkan ada yang tidak mendapat setitik pun air di bahagian lain.

“Kami sedang melakukan perbincangan cara terbaik untuk meningkatkan bekalan kepada pengguna-pengguna ini.

SANDY dan PHUA, dua pengendali kedai di University Plaza, mengeluh tentang kekurangan air di premis mereka.

Ketika mereka menghubungi Hotline, Phua sudah tidak menerima bekalan sejak 30 Disember, manakala Sandy mengalami kesulitan yang sama selama tiga hari.

Phua terpaksa menutup kedainya disebabkan masalah itu.

Kedua-dua pemilik perniagaan tersebut mengakui yang pekerja mereka telah beberapa kali menghubungi Jabatan Air untuk memaklumkannya tetapi keadaan masih tidak berubah. BEBERAPA paip di sekeliling apartmen dipam.

“Ramai pelanggan yang merungut tentang ketiadaan air di kedai kami,” kata mereka. “Memang cukup memalukan apabila kami terpaksa beritahu mereka yang mereka tidak boleh menggunakan tandas di tempat kami.”

Masalah mereka diajukan kepada Jabatan Air, dengan pemeriksaan dibuat di Plaza berkenaan, sejurus selepas diberitahu tentang masalah ini. Kakitangan jabatan tersebut mengesahkan yang air sampai ke meter persendirian untuk kedai-kedai terbabit, menurut jurucakap tersebut.

“Kekuatan bekalan, ketika itu, dianggap sebagai boleh diterima,” katanya.

Katanya, satu pemeriksaan serupa telah dibuat untuk meter pukal di UA1.

“Juruteknik kami mendapati yang penapis di sepanjang paip agihan tersekat disebabkan benda-benda asing.

“Mereka telah membuang halangan tersebut, termasuk segumpal bahan berserabut yang kelihatan seperti sebahagian daripada guni, sebelum memeriksa tekanan bekalan yang didapati kuat.”

Jelasnya, penapis tersebut yang menghalang kotoran daripada menyumbat saluran utama air, mengekang air terawat sampai ke meter. Jurucakap itu berkata kakitangan jabatan tersebut terpaksa menyiram sebahagian saluran bekalan di sekitar apartmen berkenaan.

“Selepas apa yang berlaku dengan penapis itu, kami telah meminta kakitangan kami agar lebih waspada dengan keadaan lekapan ini dan membersihkannya setiap kali perlu.”

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.