
Sebelum ini, media melaporkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) memfailkan tindakan sivil terhadap dua saluran di Telegram iaitu Edisi Siasat dan Edisi Khas.
Memetik laporan Berita Harian, ia kerana saluran berkenaan didapati menyebarkan kandungan yang berpotensi menghakis kepercayaan terhadap institusi awam negara serta menjejaskan ketenteraman masyarakat.

Terkini, saluran Edisi Siasat dan Edisi Khas tidak lagi boleh diakses di Telegram selepas tertera satu peringatan kepada pengguna yang cuba untuk mengakses saluran tersebut.
Saluran ini tidak boleh dipapar kerana ia bertentangan dengan undang-undang tempatan (Malaysia).

Saluran Edisi Siasat sebelum ini sering berkongsi maklumat daripada orang ramai mengenai kegiatan perjudian serta amalan yang didakwa rasuah membabitkan anggota dan pegawai penguat kuasa.
'Channel' Telegram Edisi Siasat & Edisi Khas Akan Berdepan Tindakan Sivil - MCMC
The post “Saluran Ini Tidak Boleh Dipapar..” – ‘Channel’ Telegram Edisi Siasat & Edisi Khas Sudah Tidak Boleh Diakses first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


