
KUALA LUMPUR, 8 FEBRUARI 2023 – KC Global Media, rangkaian hiburan terkemuka di Asia dan pengendali berbilang saluran mengumumkan perkongsian kandungan dengan Munhwa Broadcasting Corporation (MBC), rangkaian penyiaran nasional terkemuka Korea Selatan, untuk melancarkan lebih banyak drama bersiri dan rancangan premium di Saluran One.
Peminat kini boleh menikmati semua genre dari MBC termasuk siri fantasi cinta, Kokdu: Season of Deity, dalam masa 24 jam dari Korea Selatan; drama bersiri popular, Weightlifting Fairy Kim Bok Joo; rancangan pelancongan yang dibintangi barisan selebriti, Dopojarak: Story of Homme the K-Wanderer menampilkan personaliti K-pop, K-drama, fesyen dan sukan; siri varieti baharu, United Fathers, ditayangkan dalam masa 1 minggu dari Korea Selatan, serta drama bersiri yang masih berterusan, Game of Witches dan banyak lagi.
George Chien, Pengasas Bersama, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif KC Global Media berkata, “Kerjasama strategik jangka panjang kami dengan MBC, rangkaian dan studio penyiaran terkemuka Korea Selatan, bermula daripada visi bersama kami untuk menyediakan hiburan premium yang terbaik dari Korea Selatan merentasi Asia. Sambil kami meningkatkan tawaran kandungan Korea kami, peminat kini boleh menantikan pengaturcaraan program-program baharu yang lebih menarik dan popular di saluran ONE pada tahun 2023 dan seterusnya.”
Young-ho Lee, Pengarah Perniagaan Global di MBC berkata, “Saya teruja untuk terus berhubung dengan peminat Asia Tenggara kami melalui ONE. Kerjasama MBC dengan ONE, saluran hiburan Korea terbesar di Asia Tenggara, menunjukkan isyarat yang positif bagi perkongsian perniagaan kedua-dua pihak dan juga untuk ekosistem media tempatan.”
Siri fantasi romantik baharu, Kokdu: Season of Deity, ditayangkan dalam masa 24 jam dari Korea Selatan, setiap Sabtu dan Ahad, pada jam 9:45 malam. Dibintangi Kim Jung Hyun (Crash Landing on You, dan Best New Actor, 2017 MBC Drama Awards untuk The Rebel) dan Im Soo Hyang (Doctor Lawyer, Pemenang Top Excellence Awards, 2020 MBC Awards untuk When I was the Most Beautiful). Drama bersiri ini mengisahkan percintaan selama 99 hari antara dewa kematian dan seorang doktor yang kekok yang mempunyai kuasa misteri untuk menguasai dewa tersebut dengan sesuka hati.
Drama bersiri kegemaran peminat, Weightlifting Fairy Kim Bok Joo, ditayangkan pada 9 Februari, Selasa hingga Jumaat, jam 4:20 petang; dan bermula 13 Februari, pada jam 5:15pm pada hari-hari berkenaan.

Dibintangi Lee Sung Kyoung (Excellence in Acting, 2020 SBS Drama Awards untuk Dr Romantic 2) sebagai Kim Bok Joo, seorang atlet angkat berat wanita yang ceria dan penuh harapan dan Nam Joo Hyuk (Twenty-Five, Twenty-One, Best New Actor, 2016 MBC Drama Awards untuk Weightlifting Fairy Kim Bok Joo) sebagai Jung Joon Hyung, seorang perenang yang mengalami trauma selepas disingkirkan daripada pertandingan antarabangsa pertamanya namun mendapati dirinya terpikat dengan Bok Joo.
Rancangan pelancongan popular, Dopojarak: Story of Homme the K-Wanderer, ditayangkan pada 15 Februari, setiap Rabu, jam 10:30 malam, dan akan menampilkan personaliti terkenal K-pop, K-drama, fesyen dan sukan termasuk Kim Jong Kook (Entertainer of the Year, 2021 SBS Entertainment Awards untuk Running Man dan My Little Old Boy), Joo Woo Jae (Best Couple, 2022 KBS Entertainment Awards untuk Beat Coin), Ji Hyun Woo (DaeSang/Grand Prize, 2021 KBS Drama Awards untuk Young Lady and Gentleman), Noh Sang Hyun (Pachinko, Behind Every Star, Curtain Call) dan Hwang Dae Heon (Pemenang Pingat Emas Beijing Winter Olympics 2022) di mana mereka akan meneroka pelbagai negara untuk mempromosikan budaya Korea Selatan.

Disiarkan dalam masa 1 minggu dari Korea Selatan, siri terbaharu program realiti keluarga, United Fathers, akan ditayangkan pada 16 Februari, setiap Khamis, pada jam 10:30 malam. Siri ini mengikuti bapa-bapa dari seluruh dunia yang membesarkan anak mereka di Korea Selatan. Mereka berkumpul untuk memerhati dan berkongsi gaya keibubapaan, pengetahuan penjagaan anak, dan cabaran yang terpaksa diharungi. Dihoskan oleh selebriti Jang Yoon Jeong (Prime Minister Commendation, 2017 Korean Popular Culture & Arts Awards), In Gyo Jin (Best Supporting Actor, 2018 KBS Drama Awards untuk Feel Good to Die) dan Kim Na Young (Excellence Awards, 2012 MBC Entertainment Awards untuk Show and Variety category).
Rancangan yang berterusan di ONE termasuk drama bersiri yang mengisahkan dendam, Game of Witches, ditayangkan pada hari Isnin, jam 6 petang (bermula 13 Februari, ia akan ditayangkan pada hari isnin, jam 7 petang).
Drama bersiri ini menampilkan pasangan ibu dan anak yang didorong oleh dendam, dan ia dibintangi Jang Seo Hee (Top Excellence in Acting, 2017 SBS Drama Awards untuk Band of Sisters), Kim Gyu Seon (School 2021, Big Mouth) dan Oh Chang Seok (Best New Actor, 2013 MBC Drama Awards untuk Princess Aurora).
Rancangan MBC yang akan datang termasuk rancangan seram yang sangat diminati, Midnight Horror Story, yang akan ditayangkan pada April 2023. Nantikan susulan.
The post Saluran ONE Memperluas Tawaran Kandungan Korea Melalui Kerjasama KC Global Media & MBC appeared first on Siakap Keli.
