Saluran sampah terbakar punca balai pelepasan KLIA berasap

3 Aug 2023 • 5:03 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PETALING JAYA: Kebakaran dalam saluran sampah menjadi punca asap tebal menyelubungi ruangan balai pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail, berkata sepasukan anggota bomba dengan dua jentera dari Balai Bomba KLIA dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima laporan pada 8.30 pagi.

“Pemeriksaan mendapati asap tebal di ruangan balai pelepasan berpunca daripada kebakaran di dalam saluran sampah di tingkat tiga bangunan itu.

“Bomba kemudian bertindak memadamkan kebakaran itu dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 9.10 pagi,” katanya menurut Sinar Harian.

SPONSORED CONTENT K.T.I. achieves RM140 million sales Kota Kinabalu: K.T.I. Sdn Bhd’s The Logg, Luyang has launched Easy Care, its brand-new hospitality initiative, which aims to elevate the living experience by providing an all–in-one care to its residents at Shorea n Astoria. Read more Katanya, operasi itu ditamatkan pada 10.31 pagi dan setakat ini punca kebakaran masih dalam siasatan.

“Pemeriksaan juga mendapati kebakaran tidak melibatkan struktur bangunan dan mangsa,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.