Saluran YouTube Lofi Girl Bersiaran Semula Selepas Syarikat Rakaman Malaysia ‘Claim’ Hak Cipta

13 Jul 2022 • 11:07 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Saluran YouTube Lofi Girl Bersiaran Semula Selepas Syarikat Rakaman Malaysia ‘Claim’ Hak Cipta

Saluran terkenal di YouTube, Lofi Girl mencuri tumpuan sejak semalam selepas kandungan penstriman muzik secara langsung miliknya telah dihentikan siaran oleh pihak YouTube kerana didakwa melanggar hak cipta.

Terbaru, tinjauan SK mendapati bahawa siaran penstriman tersebut telah kembali semula di YouTube dan setakat ini mendapat tontonan sebanyak 25,464.

Menerusi ciapan di Twitter, Lofi Girl memuat naik satu tangkap layar yang memaparkan notifikasi daripada YouTube mengenai video yang bertajuk lofi hip hop radio-beats to relax/study to, yang didakwa telah melanggar undang-undang hak cipta.

Tangkap layar itu juga memperlihatkan bahawa laporan mengenai pelanggaran itu telah dibuat oleh sebuah syarikat rakaman dari Malaysia.

Bagaimanapun, Lofi Girl telah memohon kepada pihak YouTube untuk menyelidik semula mengenai perkara tersebut.

“Radio lofi telah dialih keluar kerana bantahan hak cipta palsu, semoga @YouTubeCreator @Youtube akan menyelesaikan perkara ini dengan segera,” katanya.

image is not available

Tidak lama kemudian, akaun @TeamYouTube memberikan respon dan memohon maaf kepada Lofi Girl.

Dalam masa yang sama, ia mengesahkan bahawa laporan mengenai hak cipta itu adalah satu penyalahgunaan serta akan menamatkan akaun pihak syarikat rakaman terbabit.

“Kami telah menyelesaikan bantahan dan akan memulihkan semula video anda, kadang kala ia boleh mengambil masa 24 jam hingga 48 jam untuk semuanya kembali seperti biasa,” katanya.

 

Untuk pengetahuan, Lofi Girl mempunyai sebanyak 10.8 juta subscribers dan video tersebut telah distrim sejak dua tahun yang lalu, dengan 600 juta tontonan.

Sumber: Lofi Girl