Salurkan Bantuan, TNB Tanggung Kos Rawatan & Perubatan Kanak2 Melecur

18 Nov 2023 • 5:11 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Tenaga Malaysia Berhad (TNB) memaklumkan yang pihak mereka akan menanggung kos rawatan dan perubatan serta menyalurkan bantuan kepada seorang kanak-kanak yang dilaporkan mengalami kecederaan serius selepas terkena percikan akra di pencawang elektrik (PE) Sri Bayu Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Bantu ringankan beban keluarga mangsa

Menerusi satu kenyataan, wakil pengurusan dari pihak TNB pun menyantuni ibu bapa mangsa di Hospital Besar Pulau Pinang hari ini. Dalam lawatan itu, Head of Zone Asset, TNB Pulau Pinang, Ir. Anan Eyam turut menyampaikan bantuan pendahuluan segera kepada keluarga mangsa bagi meringankan beban mereka.

“Dalam lawatan itu, Head of Zone Asset, TNB Pulau Pinang, Ir. Anan Eyam turut menyampaikan bantuan pendahuluan segera kepada keluarga mangsa bagi meringankan beban mereka.

“Mangsa yang melecur anggota badan sedang dirawat di bilik isolasi, Unit Rawatan Rapi (ICU), di hospital berkenaan,”ujarnya.

image is not available

TNB tubuhkan pasukan siasat kes melecur

Difahamkan, mangsa yang berusia 12 tahun sedang dirawat di bilik isolasi, Unit Rawatan Rapi (ICU), di hospital berkenaan.

Susulan kejadian itu, TNB bekerjasama dengan pihak PDRM dan Suruhanjaya Tenaga bagi membantu siasatan dan telah menubuhkan pasukan siasatan dalaman selaras dasar operasi syarikat yang memberi keutamaan kepada keselamatan.

image is not available

Terdahulu, bapa kepada Mohd Dawisy Zarif memaklumkan yang anaknya melecur sehingga 50 peratus dan kini terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan dan ditidurkan.