“Salute Kau Bro, Dahulukan Syurga Tanpa Abai Pelajaran” – Netizen Puji Remaja Jaga Ibu Terlantar Di Hospital Sambil Ulang Kaji

LocalFamily & Parenting
20 Nov 2024 • 12:02 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Meskipun perlu menjaga ibunya yang terlantar sakit di hospital, seorang remaja tetap tidak mengabaikan pelajarannya.

Sebuah video di TikTok tular selepas remaja bernama Nazrin tersebut berkongsi vlog ketika dia menjaga ibunya di sebuah hospital.

Menerusi rakaman itu, Nazrin dilihat menguruskan ibunya seorang diri namun pada masa yang sama dia tetap membuat kerja sekolah dan mengulang kaji pelajaran di meja sisi katil hospital terbabit.

image is not available

Tidak menganggap apa yang dilakukannya satu beban, Nazrin berkata dia menilai perkara itu sebagai ujian bagi seseorang yang matang dalam sesuatu perkara.

Sebab itulah, kita dalam hidup ni kan, bila kita ni diuji dengan banyak gila dugaan kan, jangan anggaplah itu sebenarnya semata-mata. Anggaplah itu sebagai satu journey (perjalanan) untuk engkau menjadi lebih matang dan pasti ada hikmah disebaliknya.

Ramai netizen yang terharu melihat ketabahan Nazrin dan menitipkan kata-kata semangat serta mendoakan agar dia terus kuat menjaga ibunya dan menjadi pelajar yang cemerlang.

Ada yang memberikannya kata-kata positif dan yakin Nazrin bakal mendapat keputusan yang bagus berkat daripada dia menjaga ibunya itu.

image is not available image is not available image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 5 days ago

Jaga Ibu Bapa Di Kuching Punca Berenggang Seketika Dengan Isteri Tersayang, Hafiz Suip Mohon Doa Orang Ramai