Sam Rainsy Sudah Tinggalkan Malaysia – Wisma Putra

Politics
1 Jun 2023 • 9:07 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Sam Rainsy dilaporkan diusir dari negara ini selepas beliau dan rombongannya dihalang daripada mengadakan mesyuarat di ibu negara - Gambar Alchetron

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pembangkang Kemboja, Sam Rainsy, sudah meninggalkan Malaysia, pagi semalam.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan malam tadi menjelaskan, kehadiran Rainsy di negara ini tidak berada dalam pengetahuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Tiada sebarang program awam diadakan sepanjang keberadaan Rainsy di sini,” kata kenyataan itu.

Rainsy dilaporkan diusir dari negara ini selepas beliau dan rombongannya dihalang daripada mengadakan mesyuarat di ibu negara.

Menurut laporan portal Khmer Times, Rainsy datang ke negara ini menggunakan pesawat peribadi dan pasport Perancis.

Tindakan itu bagi membolehkannya memasuki Malaysia tanpa sebarang halangan.

Bagaimanapun Rainsy dan kumpulannya diarah meninggalkan Malaysia pada jam 9 pagi semalam.

Susulan itu, Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen jelas portal itu, turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Anwar kerana berjanji tidak akan membenarkan Rainsy datang ke Malaysia.

“Terima kasih Anwar kerana empat kali berjanji untuk tidak membenarkan Rainsy datang ke Malaysia,” katanya.

Rainsy ialah bekas Ketua Pembangkang Kemboja yang membuang diri ke Perancis sejak 2015.

Dia pernah mengunjungi Malaysia pada 2019 atas jemputan Ahli Parlimen Permatang Pauh ketika itu, Nurul Izzah Anwar. – Getaran, 1 Jun 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved