Sama cantik, sama padan Raysha Rizrose kini tunangan Nabil Jeffri

Entertainment
14 Feb 2023 • 5:23 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

PELAKON dan Dewi Remaja edisi 2014/2015 Raysha Rizrose berkongsi kepada umum telah mengikat pertunangannya dengan kekasih hati, pelumba kereta Fomula 3 iaitu Nabil Jefri.

Raysha, 26, memuat naik gambar upacara menyarungkan cincin ke jari manisnya oleh wakil pihak lelaki.

“Alhamdulillah. I am officially engaged.@farishapawanteh,” titip Raysha di Instagram.

image is not available

Lantaran perkongsian berita gembira, adik kepada pelakon Nelydia dan Uqasha Senrose itu menerima ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan warga maya.

image is not available image is not available image is not available

Memakai busana tradisional berwarna lembut, tidak kurang yang memuji penampilan cantik Raysha pada majlis tersebut.

Pemilik nama Farza Naquraisha Mohd Fariz sebelum ini pernah mendedahkan hubungan cintanya dengan Nabil Jeffri, 29, sudah mencecah 10 tahun.

image is not available

Percintaan sejak dari sekolah menengah itu pernah pernah putus hubungan selama empat bulan sebelum akhirnya berbaik semula.

Nabil Jeffri yang merupakan pelumba kereta Formula 3 baru-baru ini berkongsi video memaparkan beliau dan Raysha membeli beberapa barangan berupa kasut, jam tangan dan minyak wangi yang diteka netizen dijadikan hantaran.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

View Original Article