Sama darah kacukan, Arabella Ellen tak kisah dibayangi Anna Jobling

Entertainment
13 Aug 2026 • 9:40 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Sama darah kacukan, Arabella Ellen tak kisah dibayangi Anna Jobling

KUALA LUMPUR – Enggan terperangkap dalam bayangan populariti orang lain, pelakon Arabella Ellen memilih untuk membina nama seni sendiri walau sering dibandingkan dengan aktres, Anna Jobling atas persamaan berdarah kacukan.

Arabella atau nama sebenarnya, Arabella Ellen Mohd. Yahya John Robert Nelson, 21, berkata perbandingan itu tidak pernah dianggap sebagai hal negatif, malah dia menghormati Anna sebagai senior yang lebih dahulu menyerlah di industri hiburan.

“Saya rasa benda itu tidak salah pun sebab Anna memang bermula dalam industri seni lebih awal daripada saya. Saya pula baru sahaja menceburi bidang seni ini sekitar tiga tahun lalu.

“Secara tak langsung perbandingan juga perlu dilihat dari susut positif. Jadikan saya lebih bersemangat untuk gandakan lagi usaha agar bakat diperakui ramai.

“Soal populariti, secara perlahan-lahan pun tak mengapa, asalkan konsistan. Saya perlu bina nama sendiri dan tak nak tergesa-gesa untuk mengejar sesiapa,” katanya ketika ditemui selepas pertunjukan fesyen KLFW X TOMEI, baru-baru ini.

Pada masa sama, Naib Juara Dewi Remaja 2023 itu percaya setiap pelakon tidak perlu menghiraukan persepsi orang luar terhadap sesuatu isu yang boleh menyekat kurang perlu.

Akuinya, kerja keras, kesungguhan serta pemilihan watak yang tepat dapat membantu seseorang penggiat seni membentuk identiti tersendiri.

“Saya mahu orang kenal saya kerana diri saya sendiri dan hasil kerja yang saya lakukan. Paling penting kena percaya terhadap kemampuan diri.

“Lagipun saya baru bermula dan masih muda. Lebih baik saya belajar, bekerja dan bina nama sedikit demi sedikit,” katanya.

Terbaru, wanita berdarah campuran Melayu-Inggeris itu terbabit dalam drama Wishlist sebagai Safa yang cuba menunaikan senarai impiannya bersama watak hero lakonan Lorenzo Irmann. – KOSMO! ONLINE

The post Sama darah kacukan, Arabella Ellen tak kisah dibayangi Anna Jobling appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved