Samaiden terima kelulusan FiT daripada SEDA bagi loji janakuasa biojisim di Johor

Business & Finance
30 Jan 2024 • 6:15 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Samaiden terima kelulusan FiT daripada SEDA bagi loji janakuasa biojisim di Johor

zulfadli

30/01/2024 - 18:15

KUALA LUMPUR 30 Jan - Samaiden Group Bhd menerusi anak syarikat tidak langsung milik penuhnya, Samaiden Biomass Energy Sdn Bhd menerima sijil kelulusan kadar tarif galakan (FiT) daripada Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia yang menandakan satu langkah penting dalam perjalanan tenaga boleh baharu (TBB) kumpulan itu.

Samaiden berkata, kelulusan itu memberi kuasa kepada pihaknya untuk membina dan mengendalikan loji kuasa biojisim dengan kapasiti terpasang 7.0 megawatt (MW).

"Loji itu bersedia untuk membekalkan kapasiti eksport bersih 6.0 MW kepada Tenaga Nasional Bhd. Perjanjian ini berlangsung selama 21 tahun dan dijadualkan bermula pada 22 Januari 2027," katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, loji janakuasa biojisim di Kampung Tanjong Batu 15 di Tangkak, Johor itu mewakili pengembangan strategik portfolio Samaiden dalam tenaga boleh diperbaharui (RE).

"Perkembangan baharu ini bukan sahaja mengukuhkan komitmen Samaiden terhadap pengeluaran tenaga mampan tetapi juga sejajar dengan matlamat Malaysia yang lebih luas untuk kelestarian alam sekitar dan kepelbagaian tenaga," katanya.

Pengarah Urusan Kumpulan Samaiden, Chow Pui Hee berkata, kelulusan FiT adalah bukti dedikasi dan kepakaran pasukan dalam sektor TBB.

"Loji kuasa biojisim baharu kami di Johor adalah komponen utama strategi kami untuk meningkatkan kapasiti TBB Malaysia. Projek ini bukan sahaja menandakan pertumbuhan kami tetapi juga sumbangan kepada komitmen negara terhadap masa depan tenaga yang mampan," katanya.

image is not available
Chow Pui Hee

Katanya, Samaiden terus menerajui RE, memfokuskan rumusan inovatif yang menyumbang kepada kelestarian tenaga negara dan penjagaan alam sekitar, yang mana usaha terbaharu di Johor itu merupakan langkah penting ke arah merealisasikan matlamat tersebut. - DagangNews.com

View Original Article