“Saman 30 Juta” – Kena ‘Cuit’ Di Tweet Pasaraya Mydin, Caprice Gesa Permohonan Maaf & Nak Saman

20 Oct 2022 • 10:09 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Gara-gara menulis ciapan seolah-olah ‘memerli’, penyanyi rap Caprice tampil memberi amaran kepada sebuah pasaraya terkenal dan mengancam untuk menyaman atas alasan telah memalukan dirinya.

Ciap pengendali Twitter pasaraya terkenal itu, “Mula-mula ingat beli tea je, sekali terbeli cap dengan rice. Bila sampai rumah, rasa macam tak perlu pun cap dengan rice tu. Nasib Mydin bagi pulangkan balik dalam masa 24 jam”.

Hanya kerana barangan Cap (topi) dan Rice (beras) seolah-olah menyamai nama gelaran penyanyi itu, Caprice menerusi wakilnya telah memuat naik satu hantaran di Instagram dan menerangkan panjang lebar mengenai kekesalan mereka di atas tindakan pengendali Twitter pasaraya itu yang didakwa telah memerlinya.

image is not available

Sumber : Instagram  

Dalam hantaran tersebut, wakil peguam Caprice menulis di mana anak guamnya telah merasa terancam dan trauma untuk membeli belah di pasaraya itu.

Pihak kami akan memulakan tindakan undang-undang dan diharap pihak @mydinmalaysia boleh membuat video permohonan maaf dan ganti rugi di atas hantaran yang melampau dan kemudiannya dimuat naik di media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengkritik sikap Caprice yang didakwa semakin melampau dan ‘cepat koyak’ meskipun hantaran tersebut tidak menyebut namanya secara langsung.

image is not available

Sumber : Instagram  

Itulah kesan sampingan bila dia rasa dia sangat penting kepada negara. Aku tak heran sangat dia ni. Yang aku heran follower dia yang buat dia rasa diperlukan sangat.

Sehingga artikel ini ditulis, tiada kenyataan daripada pengendali akaun Twitter pasaraya berkenaan mengenai isu ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 22 jam lalu

“Pergh Kalah Melodi” - Terlalu Banyak Isu Nak Kena Ulas, Caprice Buat Iklan Jawatan Kosong Untuk Jadi ‘Penyiasat’?