“Saman Je, Nanti Saya Bayar” – Takut ‘Sport Rim’ Calar, Pemuda Letak Notis Minta Pihak Berkuasa Jangan ‘Clamp’ Kereta

Cars
22 Jun 2022 • 4:42 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Bila bercakap soal tempat letak kereta, sudah pasti kita mahu mengelakkan kenderaan kita daripada di’clamp’ mahupun disaman pihak berkuasa yang bertugas.

Namun, apabila tiada tempat letak kereta yang kosong dan kita pula dalam keadaan ingin cepat dan terkejar-kejar, sudah pasti kita akan meletakkan sahaja kenderaan kita di tepi jalan.

Jangan ‘clamp’, saman je

Tular satu video dimuat naik pengguna bernama amruu.a di TikTok memaparkan kenderaannya yang diletakkan di tepi jalan.

Namun, apa yang menjadi perhatian warganet ialah terdapat satu notis yang diletakkan di atas kenderaannya itu.

Jangan clamping, saman je, nanti saya bayar.

Difahamkan, pemandu tersebut lebih sanggup disaman dari membiarkan tayarnya di’clamp’ pihak berkuasa kerana terlalu sayangkan ‘sport rim’ keretanya itu.

Kayangan sangat

Video tersebut mendapat respon dari warganet. Rata-rata mereka menganggap mungkin pemandu tersebut berada dalam keadaan yang sibuk dan berkemampuan untuk membayar saman selepas meletakkan kenderaannya di tepi jalan.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Hahaha macam-macam ragam rakyat di negara ini. Tapi baguslah, sekurang-kurangnya, pemandu ini sedar akan kesilapannya dan sanggup untuk membayar denda sekiranya disaman pihak berkuasa.

Kredit: TikTok amruu.a

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media