Saman JPJ Kini Boleh Dibayar Melalui Aplikasi MyJPJ

TechnologyDigital
2 Jan 2025 • 3:17 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

MyJPJ merupakan sebuah aplikasi yang dibangunkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan yang membolehkan pengguna untuk melihat dan memaparkan lesen memandu dan juga lesen pemilikan kenderaan dengan cepat dan mudah, tanpa memerlukan kad dan pelekat fizikal.

Selain daripada itu, aplikasi tersebut juga boleh memaparkan sebarang saman yang dikeluarkan oleh pihak JPJ kepada pemandu, dan kini, nampaknya pemandu yang dikenakan saman ini juga boleh mula membayar saman melalui aplikasi tersebut.

image is not available

Ciri ini nampaknya diperkenalkan baru-baru ini, bersempena dengan kempen JPJ yang membolehkan pengguna untuk membayar beberapa saman tertentu, termasuklah Saman Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AwAS) (Saman 53A), Notis Temu Siasat (114) dan Notis Saman Tampal/JPJ(P)23 (115).

image is not available

Ketiga-tiga saman ini boleh dibayar pada harga diskaun 50 peratus sebanyak RM150 bermula esok, 3 Januari 2025 sehingga 30 Jun 2025. Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke, diskaun saman ini diberikan kerana setakat ini, terdapat sebanyak 2 juta saman AwAS tertunggak, dan sekiranya saman ini tidak dibayar, pemandu tidak dibenarkan untuk memperbaharui lesen memandu dan kenderaan motor mereka.

Saman ini boleh dibayar melalui kaunter dan kiosk fizikal JPJ, ataupun seperti yang kami katakan, melalui aplikasi MyJPJ yang kini hadir dengan ciri pembayaran saman.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved