Saman Menanti, Petugas Kempen Tunggang Motosikal Tanpa Topi Keledar

LocalPolitics
10 Jul 2026 • 2:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

Saman Menanti,  Petugas Kempen Tunggang Motosikal Tanpa Topi Keledar

Untitled-design---2026-07-10T144507.127.png

Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) memandang serius terhadap sekumpulan petugas kempen yang menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar semasa kempen PRN Johor.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dalam satu kenyataan berkata, beliau sudah mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan saman kepada sesiapa sahaja yang didapati melanggar peraturan tersebut berdasarkan bukti rakaman video yang tular, tanpa mengiralatar belakang politik. Ini termasuk mereka yang terlibat dalam konvoi kempen PH di Johor.

"Ketika saya membangkitkan isu sama melibatkan pemimpin BN semasa kempen PRK Slim hampir enam tahun lalu, saya sudah tegaskan: tidak salah menunggang motosikal semasa berkempen, tetapi setiap penunggang wajib memakai topi keledar dan menjadi contoh yang baik kepada rakyat.

"Prinsip ini terpakai kepada semua pihak tanpa pengecualian, termasuk calon dan petugas kempen Pakatan Harapan. Undang-undang keselamatan jalan raya tidak mengenal parti politik," katanya. 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved