
SAMBAL belacan pelengkap hidangan kampung. Tidak hanya di Malaysia, hidangan sampingan itu popular di negara-negara jiran seperti Indonesia dan Singapura.
Berbicara tentang sambal belacan, kecur air liur dibuatnya apabila teringatkan rasa pedas-pedas masin yang diseimbangkan dengan sedikit rasa manis. Paling cocok dihidangkan dengan ulam-ulaman atau sajian ikan.
Sambal belacan amnya dibuat daripada empat bahan asas iaitu cili api, belacan, garam dan gula. Ada juga yang menambahkan limau kasturi sebagai penyedap.

Resipi Sambal Belacan Goreng yang dikongsi Sufi Allysha ini tampak enak. Menerima hampir 1,000 ‘share’, sudah ramai warga maya mencubanya dan memuji hasil resipinya.
“Sambal sedap ini sedap dimakan dengan nasi panas, lauk ringkas ayam goreng atau ikan goreng, boleh licin nasi sepinggan,” coretnya.

Sambal Belacan Goreng
Bahan-bahan
Cili padi hijau dan merah (mengikut tahap kepedasan diinginkan)
Cili besar hijau dan merah
Tomato
Bawang Putih
Bawang Merah atau bawang Holland
Belacan
Limau Kasturi
Garam
Gula
Serbuk perasa
Ikan Bilis
Minyak
Sedikit air

Cara penyediaan
1-Goreng ikan bilis hingga garing. Ketepikan.
2-Goreng cili padi hijau dan merah, lada besar hijau dan merah, tomato, bawang besar, bawang putih dan belacan.
3-Goreng sehingga bahan agak layu, kemudian tutup api.
4-Masukkan bahan yang digoreng tadi ke dalam pengisar.
5-Masukkan sekali ikan bilis yang telah digoreng tadi.
6-Kisar tetapi pastikan tidak terlalu hancur.
7-Kemudian goreng masukkan semula bahan dikisar menggunakan minyak gorengan cili tadi.
8-Tumis sehingga pecah minyak, kemudian masukkan air. Masak dengan api perlahan, biarkan ia mendidih dan kering airnya.
9-Akhir sekali masukkan garam, gula, air limau kasturi dan serbuk perasa
10-Apabila sambal pekat boleh tutup api dan boleh dihidang makan.
Sedapnya sambal ini, penulis pun teringin untuk merasa. Selamat mencuba!
Sumber: Facebook Sufi Allysha
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan
The post Sambal Belacan Goreng pelengkap hidangan, tak sedar licin nasi sepinggan appeared first on Sinar Plus.
