
TAWAU: Sebanyak 45 sambungan haram dari paip utama yang dipercayai disalurkan kepada lebih 150 rumah setinggan di Kg Kurnia Jaya dan Kg Air Batu 4, Jalan Apas di sini, dipotong Jabatan Air Daerah Tawau (JADT), pada Selasa.
Jurutera Air Daerah Tawau, Abdul Halim Ag Marali berkata, tindakan itu diambil susulan maklumat diterima dan hasil siasatan di lokasi dalam operasi pemotongan yang dijalankan.
Menurutnya, operasi pemotongan sambungan paip haram itu dijalankan di kawasan Batu 4 iaitu di bawah jambatan di hadapan pejabat JKR Tawau atas kesalahan di bawah Seksyen 49(b) Enakmen Bekalan Air Negeri Sabah 2003.
Bagi melancarkan operasi tersebut, katanya, pihaknya mendapat kerjasama daripada Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) untuk menyekat elektrik secara sementara.
SPONSORED CONTENT Sabah's Mengalum for world’s first net zero carbon island resort Taiwan’s Sinyi Group is on track to unveil the world’s first unique net zero carbon island resort on Mengalum Island. . Read more Manakala, pemotongan sambungan haram itu dijalankan kontraktor JADT dengan dipantau penguatkuasa jabatan bersama polis daerah Tawau.
Dalam pada itu, beliau meminta para pengguna agar sentiasa mematuhi undang-undang dinyatakan dalam Enakmen Bekalan Air Nageri Sabah 2003 atau berdepan denda yang berat jika didapati melakukan kesalahan.
“Orang ramai juga boleh memberikan kerjasama dengan memaklumkan kepada Jabatan Air sekiranya terdapat sebarang kes kecurian atau kebocoran paip air,”katanya.
Abdul Halim berkata, laporan segera boleh disalurkan menerusi nombor Careline Jabatan Air di talian 088-326888.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
