Sambut Aidilfitri Awal, Imam Mengaku ‘Telefon Tuhan’ Tanya Tarikh 1 Syawal

6 Apr 2024 • 3:46 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Imam mengaku menghubungi Tuhan menggunakan telefon

Sambut Aidilfitri Awal, Imam Mengaku ‘Telefon Tuhan’ Tanya Tarikh 1 Syawal. Dipetik daripada Kosmo, beratus-ratus jemaah Masjid Aolia di Jogjakarta telah menyambut Hari Raya Aidilfitri semalam oleh kerana dakwaan pelik imam mereka.

Dilaporkan juga oleh portal berita Indonesia suara.com, imam KH Ibnu Hajar Sholeh Pranolo atau lebih mesra dipanggil Mbah Benu berkata, dia telah menghubungi ‘Tuhan’ menerusi telefon untuk bertanya tentang tarikh hari raya aidilfitri pada tahun ini.

image is not available
Sambut Aidilfitri Awal, Imam Mengaku ‘Telefon Tuhan’ Tanya Tarikh 1 Syawal. Sumber foto: Kompas TV

Saya tidak menggunakan (kaedah) perhitungan. Saya ‘telefon’ kepada Allah. Ya, Allah hari ini (Khamis) sudah 29 (Ramadan), bilakah 1 Syawal?,” ujarnya.

Ibnu kemudian mendakwa bahawa dia diberitahu tarikh 1 Syawal jatuh pada hari Jumaat (semalam).

Lapor Suara.com lagi, berdasarkan keyakinan itu, dia membuat keputusan untuk menyambut hari raya pertama bersama jemaahnya semalam.

Para jemaah masjid berkenaan yang menetap di luar negara seperti Malaysia, India dan United Kingdom (UK) turut menyambut ‘Aidilfitri’ pada hari tersebut.

image is not available
Sumber foto: Siakapkeli

Pejabat Wilayah Kementerian Agama tidak dapat memaksa

Dalam masa yang sama, Ketua Bidang Urusan Agama Islam, Pejabat Wilayah Kementerian Agama, Jauhar Mustofa berkata, pihak beliau tidak dapat ‘memaksa’ jemaah Masjid Aolia mengikut penentuan hari raya seperti diputuskan oleh pemerintah.

Kejadian itu bukan kali pertama berlaku, namun tahun ini ia jauh lebih awal (sambutan Aidilfitri berbanding keputusan yang diputuskan pemerintah),” jelas beliau.

Berdasarkan Kalendar Hijrah Indonesia terbitan Kementerian Agama, 1 Syawal sepatutnya jatuh pada Rabu bersamaan 10 April 2024, namun pemerintah akan mengumumkan secara rasmi tarikh Hari Lebaran.

Pada tahun lepas, kampung ini turut menyambut raya awal: