Sambut anak ke-12, gelagat Ustaz Azhar Idrus di hospital mencuit hati, netizen kata ‘kemah keming’!

3 Oct 2022 • 6:13 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

USTAZ Azhar Idrus penceramah bebas yang ternama di Malaysia. Terkenal dengan gaya ceramah yang bersahaja, penyampaian ilmu diselitkan dengan jawapan lucu dan pekat dengan slanga Terengganu. Dalam perkembangan terbaru, video Ustaz Azhar baharu sahaja menyambut kelahiran anak ke-12 tular di laman sosial TikTok.

image is not available

Pengguna TikTok @ayu6461 berkongsi video Ustaz Azhar pertama kali menemui bayi lelaki itu daripada isteri keduanya, Izyan.

“Tahniah buat Ustaz Azhar Idrus dan Puan Izyan atas kelahiran anak.

“Semoga ALLAH memberkati anak ini untukmu dan menjadikannya orang berbakti dan bertaqwa,” titip laman Facebook SALAM Specialist Hospital Kuala Terengganu.

image is not available

Warga maya mengucapkan tahniah buat pendakwah berusia 58 tahun kelahiran Kuala Terengganu itu dan mendoakan kesejahteraan si kecil.

-“Dalam sibuk mengajar kuliah dapat baby pula. Kemah keming ustaz.”

-“Alhamdulillah rezeki terindah kurniaan ALLAH. Semoga iman ini dapat diwarisi. Ustaz favourite kami sekeluarga.”

-“Tahniah ustaz, rezeki tu. Mesti comel.”

-“Sudah 12 orang anak ustaz. ALLAH memberi zuriat meramaikan umat Rasulullah.”

-“Ingatkan UAI hendak tahnikkan bayi orang lain,rupanya jumpa anak sendiri.”

-“Tahniah Ustaz Azhar Idrus dan isteri atas kelahiran baby baru.”

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi