Sambut Ulang Tahun Ke-26, Seungkwan SEVENTEEN Kongsi Memori Indah Bersama Mendiang Moonbin

Music
17 Jan 2024 • 11:48 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Seung-kwan SEVENTEEN telah meraikan hari lahirnya pada 16 Januari, dan ianya telah disambut oleh peminat di seluruh dunia.

Bagi mengikuti tradisi SEVENTEEN, Seung-kwan telah menyanyikan lagu “Shape” nyanyian Choi Yu-ree buat ulang tahunnya pada tahun ini bersama dengan rakaman video yang disuntingnya sendiri.

Video tersebut telah menyentuh hati peminat, terutamanya kerana Seung-kwan telah memasukkan klip video orang-orang paling berharga di dalam hidupnya termasuk mendiang Moonbin.

Terlebih dahulu, Seung-kwan dan Moonbin telah dikenali ramai disebabkan oleh hubungan akrab mereka sejak dari mula mereka menjadi penyanyi idola.

Sejak pemergian mendiang, Seung-kwan sentiasa memberi penghormatan kepada rakan baiknya itu. Malah, di dalam video yang baru dikeluarkannya, ahli SEVENTEEN tersebut telah memasukkan klip mereka menghabiskan masa bersama sekaligus membuatkan peminat berasa terharu selepas menonton video tersebut dan menyatakan bahawa ini adalah satu cara yang indah untuk menghormati serta mengingati Moonbin.

Malah, peminat turut berterima kasih kepada Seung-kwan kerana telah menunaikan janji yang telah dibuatnya buat mendiang Moonbin pada tahun lalu.

Korang dah tonton ke belum video tu?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

View Original Article