Sambut Ulang Tahun Ke-57, Kediaman Shah Rukh Khan Dibanjiri Ribuan Peminat

Entertainment
4 Nov 2022 • 1:49 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Nama pelakon terkenal, Shah Rukh Khan tak asing lagi dalam kalangan peminat Bollywood. Rabu lalu, pelakon ini telah menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-57 tahun.

Ribuan peminat tegar telah membanjiri perkarangan kediaman Shah Rukh Khan yang terletak di Mumbai, India semata untuk menyambut hari kelahiran pelakon itu.

Peminat dari seluruh dunia

image is not available

Hampir setiap tahun, perkarangan rumah Shah Rukh Khan akan sentiasa dibanjiri oleh lautan peminat dari dalam meskipun luar negara demi menyambut hari ulang tahun bersama pelakon itu.

Saya dapat lihat lautan cinta. Terima kasih semua kerana berada di sini dan menjadikan hari ini begitu istimewa. Terima kasih dan hanya kasih sayang untuk kamu semua. – Shah Rukh Khan

Pihak berkuasa India turut mengawal perkarangan tersebut bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku. Oh! Media juga mahu mengucapkan selamat ulang tahun yang ke- 57, Shah Rukh Khan!

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved