
Kota Kinabalu: Sambutan Hari Raya Aidilfitri Madani Peringkat Nasional akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada 20 April ini, dari jam 10 pagi hingga 3 petang.
Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Malaysia Datuk Azman Mohd Yusof berkata, sambutan dengan kerjasama kerajaan negeri itu akan dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Sambutan Hari Raya Peringkat Nasional ini telah ditetapkan oleh pihak kerajaan pada 20 April dengan kehadiran dijangkakan seramai 20,000 orang.
“Program kali ini dianjurkan bersama dengan kerajaan negeri.
SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more “Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin akan hadir, begitu juga dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, dan mereka akan bertemu dengan masyarakat di tempat sambutan tersebut.
“Dijangka lebih 50 menu akan dihidangkan, dengan juadah popular mewakili makanan semua jenis kaum, termasuk warga Sabah.
“Dalam masa yang sama, kita juga ada membuat sedikit pameran yang bernama Rumah Kami, yang bertujuan mempamerkan kebudayaan masyarakat Malaysia dengan kepelbagaian kaum,” katanya selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Tun Juhar Mahiruddin dan Toh Puan Norlidah Tan Sri R.M Jasni di Istana Seri Kinabalu.
Turut hadir dalam rombongan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah (Pentadbiran) Datuk Diyana Abdullah.
Terdahulu, Juhar menerima kunjungan hormat rombongan Kesatuan Pembantu Kesihatan Awam Sabah yang diketuai presidennya Hilmi Satoh.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

