Sambutan Hari Kanak-Kanak 2026 Malaysia: Tema & Aktiviti

LocalFamily & Parenting
16 Nov 2026 • 12:30 PM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia peringkat kebangsaan merupakan salah satu sambutan tahunan yang dijalankan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan untuk tahun 2026, sambutan ini akan diadakan pada 21 November 2026 (Sabtu).

Hari Kanak-Kanak adalah acara tahunan yang disambut bagi menggalakkan kesedaran tentang isu-isu yang dihadapi oleh kanak-kanak di seluruh dunia.

Uniknya, setiap negara menyambutnya pada tarikh yang berbeza, ada yang menyambutnya pada 1 Jun, ada yang menyambutnya pada 20 atau 21 November dan sebagainya.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang tema, sambutan dan tarikhnya di Malaysia.

Image from: Sambutan Hari Kanak-Kanak 2026 Malaysia: Tema & Aktiviti

Sejarah Penganjuran Sambutan Hari Kanak-Kanak

Hari Kanak-kanak disambut sebagai tanda pengiktirafan kepada anak-anak kita. Mereka adalah generasi yang bakal mewarisi dunia ini pada masa akan datang. Menjadi tanggung jawab kita bersama untuk memastikan mereka diwarisi dengan ilmu, akhlak dan iman yang terbaik demi masa depan negara.

Pengisytiharaan Hari Kanak-Kanak ini bermula daripada Persidangan Dunia Untuk Kesejahteraan Kanak-Kanak di Geneva, Switzerland pada tahu 1925.

Bertitik tolak daripada perhimpunan tersebut, 1 Jun telah diisytiharkan sebagai Hari Kanak-Kanak Sedunia.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan dengan tepat mengapakah tarikh 1 Jun dipilih namun pada masa kini, banyak negara yang menyambutnya pada tarikh yang berbeza.

Di sesetengah negara, sambutan ini disambut sebagai Minggu Kanak-kanak dan bukan hanya Hari Kanak-kanak.

Terdapat banyak versi Hari Kanak-kanak yang disambut oleh banyak negara di dunia pada waktu dan masa yang berbeza selama lebih dari seratus tahun yang lalu

Negara Argentina dan Chile misalnya, menyambut hari istimewa ini pada hri Ahad minggu kedua pada bulan Ogos.

Negara-negara jiran kita seperti Indonesia menyambutnya pada tarikh 23 Julai, Singapura menyambutnya pada 1 Oktober sementara Thailand menyambutnya pada hari Sabut kedua bulan Januari.

Sambutan pertama kali telah dianjurkan oleh International Union For Child Welfare pada tahun 1953 dan diiktiraf oleh UNICEF (United Nations Children’s Fund) pada tahun 1954. Pada 20 November 1959 PBB telah mengisytiharkan Hari Kanak-Kanak Sedunia.

Sempena hari istimewa ini, orang ramai harus menyambutnya sebagai suatu hari untuk kegiatan yang tertumpu kepada mempertingkatkan ideal dan objektif untuk piagam dan kebajikan untuk kanak-kanak seluruh dunia.

Image from: Sambutan Hari Kanak-Kanak 2026 Malaysia: Tema & Aktiviti
Sumber infografik : BERNAMA

Definisi Kanak-Kanak

Kanak-kanak ialah seseorang yang di bawah umur 18 tahun seperti yang termaktub dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak dan Akta Kanak-Kanak, 2001.

Definisi ini juga merujuk kepada individu yang masih dalam perkembangan dan memerlukan perlindungan, jagaan, pemeliharaan serta pemulihan mengikut undang-undang.

Deklarasi Hak Kanak-Kanak

Deklarasi Hak Kanak-kanak adalah dokumen antarabangsa yang mengutarakan hak kanak-kanak. Pada asalnya deklarasi ini dicadangkan oleh aktivis hak asasi manusia Eglantyne Jebb dan diterima pakai oleh Liga Bangsa-Bangsa pada 1924.

Di bawah ini apa yang dinyatakan dalam dokumen tersebut:

  • Kanak-kanak mesti diberikan cara yang diperlukan untuk perkembangan normalnya, baik dari segi material dan rohani.
  • Kanak-kanak mesti menjadi orang pertama yang menerima bantuan semasa kesusahan.
  • Anak yang lapar harus diberi makan, anak yang sakit harus dirawati, anak yang mundur harus dibantu, anak yang nakal harus dinasihati, dan anak yatim dan orang tua harus diberikan perlindungan dan pertolongan.
  • Kanak-kanak itu mesti diletakkan dalam kedudukan yang mesti dilindungi daripada sebarang bentuk eksploitasi.
  • Kanak-kanak itu mesti dibesarkan dalam kesedaran bahawa bakatnya mesti ditumpukan kepada perkhidmatan sesama manusia.

Sehubungan itu, Malaysia telah meratifikasi Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak atau Convention on the Rights of the Child (CRC) pada 17 Februari 1995.

Sebagai sebuah Negara Pihak (State Party) kepada CRC, Malaysia komited terhadap tanggungjawab untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak.

Tarikh Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia Di Malaysia (Peringkat Kebangsaan)

Di Malaysia, Perayaan Hari Kanak-Kanak SeDunia telah mula disambut pada 8 Oktober 1959 bertempat di Stadium Negara Kuala Lumpur iaitu sebaik sahaja PBB mengistiharkannya sebagai hari untuk persaudaraan sejagat dan kefahaman dikalangan kanak-kanak seluruh dunia.

Pada awalnya, Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia (MKKM) telah diamanahkan untuk menganjurkan majlis sambutan ini mulai tahun 1960 sehinggalah tahun 1994.

Tugas ini kemudiannya diambil alih oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM) sejak tahun 1995.

Kini, ia disambut pada bulan Oktober atau 20/21 November setiap tahun di Malaysia.

Berikut adalah tarikh sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia Peringkat Kebangsaan

  • 2020 – 17 Oktober 2020
  • 2021 – 16 Oktober 2021
  • 2022 – 28 November 2022
  • 2023 – 20 November 2023
  • 2024 – 20 November 2024
  • 2025 – 20 November 2025
  • 2026: 21 November 2026

Tema Sambutan 2025

Setiap tahun sambutan ini mempunyai tema yang tersendiri:

  • 2026: “Impian dan Hak Masa Depan Kami”
  • 2025 : “Hari ini, Suaraku”
  • 2024 : “Dengarlah Suara Kami”
  • 2023 : “Hak Kami, Masa Depan Kami”
  • 2022 : “Keterangkuman dan Kepelbagaian, Untuk Setiap Kanak-Kanak”
  • 2021 : “Anak Kita, Masa Depan Kita” 
  • 2020 : “Bumi Lestari, Aanak-anak Kita Dilindungi”

Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia Peringkat Kebangsaan

Untuk tahun ini, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dengan kerjasama Pusat Sains Negara akan menganjurkan sambutan ini di peringkat kebangsaan pada 21 November 2026.

Sambutan ini akan dijalankan di Pusat Sains Negara daripada jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang.

Antara aktiviti yang bakal dijalankan pada hari tersebut adalah seperti berikut:

PERSEMBAHAN & HIBURAN

  • Tom Tom Bak
  • Didi & Friends Show
  • Clown Show
  • Face Painting Photobooth
  • 360 Video Booth

SAINS & EKSPERIMEN

  • Science Show
  • Solusi Sains (Kahoot!)
  • Let’s Xperiment
  • Aktiviti Diorama
  • Giant Bubble

TAMAN & EKSPLORASI

  • Taman Prasejarah
  • Wonderspark
  • Laluan Interaktif
  • Taman Alam Semula Jadi
  • Taman Herba
  • Water Plaza

INOVASI & PENEROKAAN

  • I-Rays
  • iTweet Tech – TV
  • Lembah Sains
  • Penerokaan Kanak-Kanak

TEKNOLOGI & INTERAKTIF

  • Obskura XR
  • Akuarium
  • Bengkel Tinker
  • Distrik Teknologi
  • Dunia Kanak-Kanak
Image from: Sambutan Hari Kanak-Kanak 2026 Malaysia: Tema & Aktiviti
Image from: Sambutan Hari Kanak-Kanak 2026 Malaysia: Tema & Aktiviti
Image from: Sambutan Hari Kanak-Kanak 2026 Malaysia: Tema & Aktiviti
Image from: Sambutan Hari Kanak-Kanak 2026 Malaysia: Tema & Aktiviti
Image from: Sambutan Hari Kanak-Kanak 2026 Malaysia: Tema & Aktiviti

Soalan Lazim

Apakah definisi bagi seorang kanak-kanak?

Kanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun.

Bilakah tarikh Hari Kanak-Kanak Sedunia disambut di Malaysia pada tahun 2026?

Tarikh hari tersebut disambut di Malaysia adalah 21 November 2026.

Apakah tema sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia 2026 peringkat kebangsaan?

Tema sambutan ini bagi tahun 2025 peringkat kebangsaan adalah “Impian dan Hak Masa Depan Kami.”

Bilakah tarikh sambutan ini dijalankan di peringkat kebangsaan?

Sambutan ini dijalankan pada 21 November di Pusat Sains Negara daripada jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang.

Apakah aktiviti yang bakal dijalankan pada Hari Kanak-Kanak Sedunia?

PERSEMBAHAN & HIBURAN
Tom Tom Bak
Didi & Friends Show
Clown Show
Face Painting Photobooth
360 Video Booth

SAINS & EKSPERIMEN
Science Show
Solusi Sains (Kahoot!)
Let’s Xperiment
Aktiviti Diorama
Giant Bubble

TAMAN & EKSPLORASI
Taman Prasejarah
Wonderspark
Laluan Interaktif
Taman Alam Semula Jadi
Taman Herba
Water Plaza

INOVASI & PENEROKAAN
I-Rays
iTweet Tech – TV
Lembah Sains
Penerokaan Kanak-Kanak

TEKNOLOGI & INTERAKTIF
Obskura XR
Akuarium
Bengkel Tinker
Distrik Teknologi
Dunia Kanak-Kanak

Info Lanjut

Info lanjut mengenai Sambutan Hari Kanak-Kanak 2026 ini, sila layari laman web https://www.jkm.gov.my.

    Baca juga: Masuk Zoo Negara Percuma 21 & 22 November 2026, Sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia!

      Newswav Malaysia Best News App

      Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

      Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved