Selepas 2 tahun disambut dalam persekitaran norma baharu, Sambutan Hari Kebangsaan 2022 kali ini cukup bermakna dengan keterujaan jelas terpancar pada wajah setiap individu yang hadir di Dataran Merdeka ini. - Gambar oleh Alif Omar
Meriah dan memukau. Itu istilah sesuai untuk digambarkan pada Sambutan Hari Kebangsaan 2022 yang diadakan di Dataran Merdeka, hari ini. Banyak acara menarik disediakan termasuk segmen pertunjukan udara.
Lebih menarik segmen itu dikendalikan sendiri oleh komentator daripada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Kapten Aslam Hariri Abdul Rashid dan Leftenan Nurshahira Nazarudin.
Dengan tema Keluarga Malaysia Teguh Bersama, pengunjung ke Dataran Merdeka memeriahkan venue sambutan dengan kibaran Jalur gemilang.
Segmen pertunjukan udara pada Sambutan Hari Kebangsaan 2022.
Sesi terbang lintas di Dataran Merdeka sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2022.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mengibarkan Jalur Gemilang.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, menaiki Kereta Kuda Diraja, satu penampilan unik berbeza daripada kelaziman tahun-tahun sebelum ini.
Sejumlah 369 aset darat turut terlibat pada acara kali ini.
Barisan hadapan negara menerima terpukan gemuruh.
Jabatan Bomba dan Penyelamat turut terlibat dalam perbarisan ini.
Acara kebudayaan memeriahkan lagi Sambutan Hari Kebangsaan 2022 kali ini.
Sambutan Hari Kebangsaan 2022 disifatkan lancar, berjaya dan menerima jumlah pengunjung luar jangka.
Hampir 20,000 peserta pelbagai kontinjen mengambil bahagian pada Sambutan Hari Kebangsaan 2022 ini.