Sambutan Hari Kebangsaan Unik, Warga Sebuyau Berarak Dengan Bot Dihiasi Bendera

31 Aug 2022 • 6:05 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Warga Sebuyau berarak di sepanjang Sungai Sebuyau

Sambutan Hari Kebangsaan Unik, Warga Sebuyau Berarak Dengan Bot Dihiasi Bendera. Semua lapisan masyarakat tidak ketinggalan meraikan Hari Kebangsaan ke-65, menariknya di Sebuyau warga penduduk muncul dengan idea unik menggayakan bot mereka dengan hiasan bendera.

Warga Sebuyau dilihat menyambut Hari Kebangsaan dengan cara yang unik apabila mereka berlayar merentasi Sungai Sebuyau menaiki bot yang dihiasi bendera Jalur Gemilang dan bendera Sarawak.

image is not available
Sambutan Hari Kebangsaan Unik, Warga Sebuyau Berarak Dengan Bot Dihiasi Bendera

Mereka yang menaiki bot kedengaran menyanyikan lagu patriotik ‘Tanggal 31 Ogos’ dendangan Allahyarham Sudirman Arshad diiringi paluan kompang dan gendang.

Menurut satu hantaran video di Facebook saudara Jalaluddieyz Mohd, beliau berkesempatan merakam detik manis warga Sebuyau bersama-sama menyambut dan menyanyikan lagu patriotik Hari Kebangsaan di sepanjang Sungai Sebuyau.

https://www.facebook.com/jalaluddien.mohd/videos/1497023340739060/
Warga Sebuyau berarak menggunakan bot sempena Hari Kebangsaan. kredit: FB Jalaluddieyz Mohd

Bercakap kepada media tempatan, Jalaluddieynz berkata perarakan bot Hari Kebangsaan adalah sebahagian daripada Program Kembara Uniti yang dianjurkan oleh Kampung Seberang Sebuyau.

Salute to the people of Sebuyau -netizen

Rata-rata netizen memuji semangat warga Sebuyau yang bekerja keras menjayakan sambutan Hari Kebangsaan ini dengan cara yang unik.

image is not available
Peserta yang menaiki bot berarak di ssepanjang Sungai Sebuyau. Kredit foto: FB Sharifah Saliah Sswm

Semangat anak Malaysia semestinya berkobar-kobar jika tarikh 31 Ogos ini tiba dan pastinya mereka tidak akan melepaskan peluang untuk meraikannya.

Lagi cerita menarik di sini: