Sambutan Hari Malaysia Di Melaka Angkat Muzik Tradisional Sarawak

17 Sep 2022 • 9:04 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Muzik sape gegarkan sambutan Hari Malaysia di Melaka

Sambutan Hari Malaysia Di Melaka Angkat Muzik Tradisional Sarawak. Hari Malaysia 2022 yang disambut di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan di Banda Hilir, Melaka semalam turut mengangkat muzik tradisional Sarawak ke tahap yang lebih tinggi.

Penyanyi dan pemain sape dari Bumi Kenyalang, Alena Murang telah dijemput untuk membuat persembahan dalam majlis itu.

image is not available
Sambutan Hari Malaysia Di Melaka Angkat Muzik Tradisional Sarawak. Kredit Foto: FB Alena Murang

Penyanyi dan pemain sape, Alena Murang, kemudian mengambil alih pentas dan memukau hadirin apabila menyanyikan lagu etnik Kenyah bertajuk Meno’ yang digubah dengan irama kontemporari.

Pentas terbaik untuk Alena Murang cipta nama

Beliau berkata persembahan alat muzik itu pada sambutan Hari Malaysia 2022 merupakan pentas terbaik untuk beliau menyebar luas muzik tradisional Borneo dan Bahasa Dayak agar lebih dikenali di negara ini.

Saya membawakan lagu bertajuk Meno’ dalam Bahasa Kenyah ataupun rindu jika diterjemah ke dalam Bahasa Melayu. Lagu ini sering dinyanyikan oleh orang-orang tua kami ketika mereka berjauhan daripada keluarga kerana berkelana selama berbulan-bulan ke tempat lain,”

katanya

Alena, yang belajar bermain sape ketika berusia 11 tahun, berkata bagaimanapun lagu Meno’ telah diberi nafas baharu apabila digubah secara kontemporari dengan iringan gitar akustik dan bes.

image is not available
Kredit Foto: FB Alena Murang

Berguru dengan Master Sape Mathew Ngau Jau, pemegang Ijazah Pengurusan Perniagaan dari Universiti Manchester itu berkata suatu ketika dahulu, kaum hawa dilarang menyentuh atau mempelajari alat muzik tersebut kerana ia dikatakan khusus untuk lelaki.

Turut mempersembahkan persembahan diorama pahlawan Sabah dan Sarawak

Hadirin kemudian dibawa ‘menyeberangi’ Laut China Selatan ke Borneo dengan persembahan diorama berserta monolog Pahlawan Datu Mat Salleh menunggang kuda memimpin pasukannya menentang penjajah selain visual sejarah pembentukan Malaysia melibatkan tokoh pejuang Sabah lain seperti Antanom, Tun Datu Mustapha Haron dan Tun Fuad Stephens.

image is not available
Kredit Foto: FB Tun Faisal Ismail Aziz

Diorama Pahlawan Rentap meneruskan persembahan dengan dialog berlatarbelakangkan visual perjuangan Rentap, Sharif Masahor, Rosli Dhobi, Temenggung Jugah, Kanang Anak Langkau dan pembangunan Bumi Kenyalang sehingga kini.

image is not available
Kredit Foto: FB Tun Faisal Ismail Aziz

Kira-kira 20,000 pengunjung hadir bagi memeriahkan sambutan julung kali diadakan di Semenanjung itu.

Baca di sini mengenai sejarah Hari Malaysia: