Sambutan Hari Natal satupadukan rakyat

LocalPolitics
26 Dec 2024 • 4:20 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Kerajaan negeri sentiasa komited mengamalkan dasar keadilan serta kesaksamaan dalam semua aspek untuk membantu rakyat tanpa mengira kaum dan agama demi mengekalkan keharmonian masyarakatnya.

Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Sabah, Datuk Rina Jainal berkata, perkara itu terbukti apabila Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor meningkatkan peruntukkan bantuan kepada badan keagamaan bukan Islam, sekolah mubaligh dan persendirian dalam Bajet 2025.

AdvertisementMenurutnya, dalam Belanjawan 2025, sebanyak RM70 juta bantuan diperuntukkan iaitu meningkat sebanyak RM13.25 juta berbanding tahun ini iaitu RM56.75 juta.

Sehubungan itu, sejajar dengan komitmen kerajaan mahu memastikan perpaduan, keharmonian kaum dan toleransi beragama terus kukuh, beliau mengajak seluruh masyarakat bersatu meraikan kepelbagaian dan kepercayaan, tanpa mengira pegangan agama dan latar belakang.

SPONSORED CONTENT Ford aims to boost its presence in Sabah, Sarawak The improved ride quality makes the Ranger more comfortable for passengers. Read more Adun Kukusan itu berkata demikian semasa berucap merasmikan Sambutan Hari Natal 2024 dan Tahun Baharu 2025 di Kg Sentosa Blok 4, Hill Top di sini, pada Sabtu malam, anjuran Biro Etnik Kelab Kebajikan Komuniti Rina Jainal, Komuniti Toraja Kukusan.

Menyentuh program tersebut, Rina berkata perayaan Natal menjadi salah satu momen yang kerap digunakan untuk berkumpul, berbagi keceriaan, doa dan harapan bersama.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); “Kita amat bertuah kerana dapat hidup aman damai serta bebas daripada kekacauan kerana mengamalkan perpaduan dalam kalangan masyarakat.

“Justeru, kita perlu terus mengekalkan persefahaman demi menjaga keharmonian antara sesama supaya setiap aspek pentadbiran dan pembangunan negeri ini termasuk politik, ekonomi dan sosial terjamin kukuh dan stabil,” katanya.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Dalam pada itu, beliau menyeru semua pihak agar menanam iltizam dan semangat baharu untuk berusaha dengan lebih kuat pada tahun hadapan agar mampu meningkatkan prestasi dan membangunkan kawasan ke arah yang lebih baik.

Katanya, segenap rakyat perlu terus mengamalkan nilai-nilai murni serta membudayakannya supaya perpaduan sedia terjalin tidak dicemari oleh unsur atau perkara negatif.

“Kita tidak akan mudah terpengaruh atau tergugat oleh mana-mana pihak jika kita memiliki jati diri yang cekal dan berada pada tahap yang terbaik,” katanya.