Sambutan Jubli Perak: Perlis umum 17 April cuti peristiwa

12 Apr 2025 • 2:47 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mohd Shukri. Foto Bernama

KANGAR - Kerajaan Perlis mengisytiharkan 17 April ini sebagai cuti peristiwa sempena sambutan Jubli Perak pemerintahan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli berkata, pengisytiharan itu selaras dengan peruntukan Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369) bagi membolehkan seluruh rakyat Perlis bersama-sama meraikan sambutan bersejarah berkenaan.

"Kerajaan Perlis berbesar hati mengumumkan cuti peristiwa ini bagi memperingati detik bersejarah pemerintahan selama 25 tahun Tuanku Syed Sirajuddin sebagai Raja Perlis,” katanya berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri Kerajaan Negeri 2025 di sini pada Sabtu.

Turut berangkat ke majlis itu, Tuanku Syed Sirajuddin dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid.

Berangkat sama, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved