
Oleh Fitri Hazim Hazam
GOMBAK, 28 SEPT: Sambutan Maulidur Rasul di Kampung Nakhoda di sini dimeriahkan dengan perarakan untuk mendidik masyarakat menghayati pengorbanan Rasulullah SAW.
Pengurus Kolej Teknikal Azmida Dr Junaidah Hamzah berkata program anjuran bersama Masjid Jamek Kampung Nakhoda itu juga bertujuan mengajak masyarakat mengimarahkan masjid dengan menyusun pelbagai aktiviti terutama membabitkan golongan muda.

“Matlamat program bagaimana kita memperingati Rasulullah SAW dan mendidik masyarakat menghargai pengorbanan Baginda serta mendekatkan diri dengan masjid.
“300 pelajar kami bersama pelbagai masyarakat menyertai perarakan sambil berselawat dalam sambutan tahun ini,” katanya.
Beliau ditemui pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul di perkarangan Masjid Jamek Kampung Nakhoda, Batu Caves, di sini hari ini.

Dr Junaidah turut berharap program sambutan diteruskan setiap tahun di kawasan itu untuk memupuk semangat kekitaan di kalangan masyarakat pelbagai usia dan mengingati Rasulullah SAW.
Terdahulu perarakan Maulidur Rasul di kampung itu meriah dengan lebih 700 peserta hadir sejak 7.30 pagi.
Selain perarakan, pelbagai program menarik di masjid turut diadakan seperti bacaan sajak, nasyid, qasidah, jualan makanan dan pameran pendidikan serta pakej umrah.
The post Sambutan Maulidur Rasul didik masyarakat hargai pengorbanan Rasulullah SAW appeared first on Selangorkini.

