Sambutan sulung Hari Sabah hari ini

31 Aug 2023 • 3:50 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SABAH akan menyambut Hari Sabah sulungnya hari ini (31 Ogos) bagi memperingati hari ia merdeka daripada pemerintahan British 60 tahun lalu, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau berkata sambutan Hari Sabah akan diadakan di Tambunan pada pukul 3 petang, selepas sambutan Hari Kebangsaan yang dijadualkan di Kota Kinabalu pada sebelah pagi.

Hajiji berkata Kabinet Negeri membuat keputusan itu semasa mesyuaratnya minggu lepas dan telah memilih Tambunan sebagai tempat untuk sambutan yang diadakan buat julung kalinya itu.

“Ia juga telah diputuskan (oleh Kabinet Negeri) bahawa sambutan untuk menandakan peristiwa bersejarah Sabah itu akan diadakan setiap tahun dengan tempatnya akan digilirkan dalam kalangan daerah.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more “Marilah kita menghormati dan memperingati hari yang menandakan berakhirnya pemerintahan penjajah British di Sabah dan menandakan perjalanan kita untuk bersatu sebagai rakyat untuk mewujudkan pemerintahan sendiri,” katanya dalam satu kenyataan pada 21 Ogos.

Sabah kemudian membentuk Persekutuan Malaysia dengan Tanah Melayu, Sarawak dan Singapura pada 16 September 1963. Daerah Tambunan terletak di pedalaman Sabah, kira-kira 75km ke tenggara Kota Kinabalu.

Untuk rekod, pada 2016, Kerajaan Sarawak yang diketuai Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem mengisytiharkan 22 Julai sebagai hari kelepasan am buat kali pertama bagi menandakan tarikh negeri itu memperoleh kerajaan sendiri daripada jajahan British sebagai permulaan kepada pembentukan Malaysia bersama Borneo Utara (Sabah), Singapura dan Malaya pada tahun 1963.

Sarawak kemudian menyambut Hari Sarawak setiap tahun dengan pelbagai acara istimewa.

Malaysia pada asalnya sepatutnya ditubuhkan pada 31 Ogos 1963 bersamaan dengan Hari Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.

Bagaimanapun Filipina dan Indonesia membuat bantahan keras kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan mengatakan bahawa “Malaysia Raya” dibentuk dengan tergesa-gesa.

Ini menyebabkan PBB tiada pilihan selain menghantar pasukan pencari fakta ke kedua-dua negeri untuk memastikan kehendak rakyat.

Dalam pada itu, Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman menasihatkan pemimpin Singapura, Sarawak dan Borneo Utara supaya tidak meneruskan rancangan mereka untuk berkerajaan sendiri tetapi menunggu keputusan PBB diumumkan dan tarikh baru kemerdekaan diumumkan pada 16 September.

Bagaimanapun, semua rakan kongsi tidak mengendahkan nasihat Tunku dan meneruskan dengan mengumumkan tarikh masing-masing untuk berkerajaan sendiri.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.