“Sambutan Tahun Baru Paling Gempak!” – Nyanyian Amir Masdi Berlatar Belakang Bunga Api Pukau Ramai [Video]

LocalEntertainment
2 Jan 2026 • 2:54 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Boleh dikatakan hampir setiap 31 Disember pasti akan ada sambutan tahun baharu yang diadakan di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Setiap kali sambutan tahun baharu pasti ada konsert yang diadakan, ‘countdown’ dan pertunjukkan bunga api.

Malah, lagu The Final Countdown daripada kumpulan Europe juga menjadi lagu keramat yang akan dimainkan ketika pertunjukan bunga api.

Amir Masdi nyanyi lagu The Final Countdown atas rooftop

Bagaimanapun, Konsert Countdown Kita 2026 yang dianjurkan oleh IOI City Mall menampilkan sesuatu yang berbeza apabila lagu terbabit dinyanyikan sendiri oleh penyanyi Amir Masdi pada malam sambutan tahun baru itu.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik Amir di akaun TikTok miliknya, beliau melakukan persembahan terbabit di atas rooftop dengan disaksikan ribuan penonton.

Nyanyian Amir Masdi berlatar belakang ‘fireworks’

Apa yang lebih menarik, persembahan terbabit dilakukan dengan berlatar belakang pertunjukkan bunga api.

Malah, nyanyian Amir juga dilihat sangat bertenaga sehingga memukau para penonton yang menyaksikannya secara langsung mahupun di kaca televisyen.

Kelihatan juga orang ramai tidak melepaskan peluang merakam momen terbabit untuk dikongsikan di media sosial sebagai kenangan.

@amir.masdi

Happy New Year image is not available

♬ original sound – Amir Masdi

Ramai puji Amir Masdi dan penganjur konsert

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengakui terpukau dengan persembahan yang dilakukan oleh Amir Masdi.

Tidak kurang juga netizen yang memberi pujian kepada pihak penganjur konsert terbabit kerana menyajikan satu pertunjukan yang disifatkan mereka sesuatu yang luar biasa.

“Siapa yang organize konsert ni? Patut diberi penghargaan”

image is not available

“Amazing! gempak gila Amir Masdi”

image is not available

“Tahniah Amir, performance sangat dasyat”

image is not available

“Dah macam Olympic closing ceremony”

image is not available
View Original Article