
Kota Kinabalu: DEWAN Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) merayu kepada penduduk di sebuah kawasan perumahan di Luyang supaya tidak menjadikan tandas mereka sebagai tong sampah dan sedang memeriksa keadaan di loji rawatan kumbahan (STP) di Inanam.
Ini berikutan maklum balas mengenai gangguan dari efluen yang keluar dari beberapa lurang di Luyang, serta kehadiran sebuah pondok yang dibina berhampiran STP di Inanam. KERJA-KERJA ‘sewer rodding’ sedang dijalankan pada saluran pembetung di bawah Lorong Unta 11.
Individu-individu itu, yang bercakap tentang masalah ini, memberikan Hotline lokasi struktur terjejas. Maklumat ini kemudiannya dikemukakan kepada agensi terbabit.
Jurucakap Jabatan Kejuruteraan (ED) agensi itu berkata pemeriksaan dibuat ke atas lurang di Lorong Unta 11 sejurus mengetahui apa yang berlaku di sana.
SPONSORED CONTENT Sabah blackouts a thing of the past with electricity power handover Kota Kinabalu: Blackouts or power outages, a regular feature in the Land below the Wind, could be a thing of the past with the federal government’s phased handover of regulatory power on Sabah’s electricity supply to the state government. Read more “Kontraktor kami menyedari terdapat air kumbahan di bahagian tertentu jalan,” katanya.
“Pekerjanya membuka penutup logam lurang-lurang di sekitar dan mendapati cecair hitam di dalamnya melimpah.”
Mereka kemudiannya mula menjalankan kerja “sewer rodding” (mengnyah sumbatan saliran) untuk mencungkil keluar kandungan di dalam saluran, menurutnya.
“Segala-galanya daripada tuala wanita hingga ke sisa isi rumah – termasuk selipar, bekas kosong dan pembalut plastik terbuang – ditarik keluar dari dalam saluran. PEKERJA kontraktor cuba mengeluarkan kandungan dari dalam saluran untuk lurang di Luyang ini.
“Barang-barang ini dibuang secara sembarangan ke dalam saluran tetapi adalah mustahil untuk mengetahui siapa yang melakukannya.”
Dia berkata Jabatan akan cuba menyedarkan masyarakat di sana tentang kesulitan yang ditimbulkan oleh tindakan “tidak berdisiplin dan bertimbang rasa” mereka.
Ketika ditanya berapa kerap pembentungan untuk kejiranan itu diselenggara, jurucakap itu berkata ia dilakukan mengikut jadual tetap.
“Kontraktor sepatutnya membuat pemeriksaan mingguan. Memandangkan beratus-ratus kawasan kediaman yang termasuk dalam kawasan penilaian kami, bagaimanapun, kadangkala sukar untuk mengikuti rutin ini.”
PRUDENCE dari Likas berkata, tayar keretanya dicemari cecair berbau busuk dari salah satu lurang.
“Saya datang melawat rakan saya yang tinggal di Taman Southern,” katanya. “Kereta saya terkena percikan air yang pada awalnya saya sangka lopak semasa memandu ke rumahnya.” EFLUEN yang bertakung di atas permukaan jalan ini menjadi punca kekecewaan pengguna jalan dan mereka yang tinggal di Taman Southern.
Apabila Prudence tiba di rumah itu setengah jam kemudian, dia terkejut apabila mendapati badan keretanya berbau seperti tandas dan dia terpaksa mencuci kenderaannya.
“Saya mengesyaki air yang terpercik pada kereta saya mungkin air kumbahan.”
Sangkaannya itu ternyata betul apabila dia pergi melawat rakan yang sama beberapa hari kemudian.
“Ketika itu baru saya perasan bendalir melimpah keluar dari sebuah ruang ke atas jalan raya.”
Sementara itu, DBKK sedang berusaha untuk menentukan status pondok yang terletak berhadapan STP di sepanjang jalan menuju ke Taman Kingfisher Cove.
Jurucakap itu berkata ia masih belum bertanggungjawab ke atas pembetungan hartanah itu.
“Loji itu masih di bawah penyelenggaraan pemaju,” katanya. “Kami tidak pasti apa kaitan rumah itu dengan kemudahan terbabit.
“Semakan awal dengan Jabatan Kawalan Bangunan kami, bagaimanapun, mendedahkan struktur ini bukan sebahagian daripada rancangan pembangunan asal untuk kejiranan itu.”
Jurucakap Jabatan Trafik dan Pengangkutan agensi itu berkata jalan masuk ke Kingfisher Cove telah diserahkan kepada DBKK awal tahun ini.
Ketika ditanya bila pemaju berkemungkinan menyerahkan tanggungjawabnya untuk STP kepada DBKK, jurucakap ED berkata sukar untuk menyatakan bila ini akan berlaku.
THAD dari Inanam beranggapan pondok tu mungkin dibina secara haram.
“Ia sudah berdiri di sebelah Loji selama lebih satu dekad,” katanya.
“Saya mengesyaki sesiapa yang tinggal di sini telah mencuri kuasa dari kemudahan itu.”
Jurucakap ED berkata tiada cara untuk mengesahkan pencurian itu kerana meter elektrik bukan atas nama DBKK.
“Lebih baik hal ini diserahkan kepada Sabah Electricity Sdn Bhd untuk menentukan sama ada bekalan kuasa dicuri,” katanya.
“Jika demikian, firma itu boleh mengambil tindakan sewajarnya.”
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


