“Sampai 4 Kereta Dia Sapu” – Persona Sondol 4 Buah Kenderaan Yang Diparkir Tepi Jalan Jadi Perhatian [Video]

LocalCars
22 Jan 2025 • 10:54 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Kebiasaannya, kemalangan jalan raya berpunca akibat sikap pengguna itu sendiri.

Walaupun telah berulang kali diingatkan agar sentiasa mematuhi undang-undang yang ditetapkan namun masih ada yang mengabaikan peraturan tersebut.

Sikap sebegini bukan sahaja membahayakan diri sendiri namun turut menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.

Proton Persona Didakwa Langgar Empat Kereta Parkir Tepi Jalan Hingga Ada Yang ‘Terbang’

Semalam (21 Januari), tular di media sosial video kemalangan melibatkan lima buah kenderaan di Kinarut, Sabah.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok @_nrtkhamlsn2, pengguna itu berkongsikan keadaan kesemua kenderaan tersebut selepas berlaku insiden terbabit.

Apa yang menjadi perhatian adalah kesemua kereta yang terlibat mengalami kerosakan malah sebuah kereta Perodua Myvi kelihatan terangkat akibat daripada perlanggaran tersebut.

Dakwa pengguna berkenaan, kemalangan berlaku berpunca daripada Proton Persona yang dipandu oleh seorang lelaki melanggar empat kenderaan lain yang pada ketika itu diletakkan di tepi jalan berhampiran sebuah kedai makan.

Empat kereta lain yang terlibat adalah dua buah Perodua Myvi dan sebuah Axia serta Bezza.

“Proton Pesona hitam punya pukulan sampai empat kereta dia sorong di depan sekaligus sampai terbang (terangkat) Myvi tu,” tulis pengguna berkenaan menerusi ruang kapsyen.

@nuratieykahamelson

Proton pesona hitam punya pukulan sampai 4 kereta dia sorong didepan sekaligus sampai terbang myvi tu 😌

♬ Kau tinggal sini ke – Upin & Ipin Official

Datuk Pengguna Merupakan Salah Seorang Mangsa Terlibat

Difahamkan, salah sebuah kereta yang terlibat merupakan datuk pengguna berkenaan yang memandu kereta Perodua Bezza.

“Saya cuma mahu cakap semoga bertabah dengan owner kereta mangsa satu (Axia) dan mangsa dua (Myvi Hitam). Termasuk kereta atuk saya mangsa tiga (Bezza) dan juga empat (Myvi),” tulisnya lagi.

@nuratieykahamelson

Replying to @Nr_Ieykaa saya cuma mau cakap semoga bertabah dengan owner kereta mangsa 1 dan mangsa 2 .termasuk kereta atok saya mangsa 3 dan juga 4 🫠 kgsuangon kampungsuangon

♬ original sound – ZELTON CORGIS – Zelton Corgis

Ramai Pelik Macam Mana Kemalangan Sebegitu Boleh Berlaku

Video yang telah mendapat lebih 774,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, majoriti mereka terkejut apabila melihat keadaan kereta yang terlibat lebih lagi Myvi berwarna hitam itu.

Malah, ada yang mempersoalkan bagaimana kemalangan berlaku hingga menyebabkan keadaan sedemikian.

Tidak kurang juga ada yang mempersoal siapa yang harus membayar ganti rugi jika melibatkan kemalangan lebih dari dua kenderaan ini.

Ada juga netizen yang berseloroh mendakwa kemungkinan Proton Persona itu berdendam dengan kesemua kereta Perodua yang dilanggar.

Apa Perlu Buat Jika Berlaku Kemalangan Lebih Dari Dua Kereta

Untuk info, jika insiden yang berlaku melibatkan lebih daripada dua buah kereta atau kemalangan ‘sandwich’ sehingga enam kereta sekalipun, yang akan dipersalahkan adalah kenderaan di bahagian belakang atau terakhir kecuali jika dapat dibuktikan sebaliknya.

Memetik perkongsian aplikasi Carput di platform X, pemandu kereta yang terakhir akan dikenakan saman trafik.

Malah, sekiranya kemalangan melibatkan enam buah kenderaan, kereta yang pertama hingga kelima perlu membuat tuntutan ke atas kereta yang keenam untuk proses baik pulih.

Boleh Buat Tuntutan Insurans Untuk Buat Bayaran Mengikut Syarat Tertentu

Sekiranya kereta terakhir dilindungi insurans, terdapat perlindungan sehingga tiga juta ke atas insurans tersebut.

Namun, sekiranya kelima-lima kereta yang terlibat kemalangan itu adalah kereta mewah seperti Lamborghini, pengguna mungkin terpaksa menambah wang.

Pun begitu, sekiranya insurans anda merupakan pihak ketiga (third-party), wang baik pulih kenderaan sendiri tidak akan dilindungi oleh pihak insurans.

Namun, tidak dapat dipastikan sama ada undang-undang ini boleh diaplikasikan pada situasi kemalangan seperti di atas.

Berikut antara komen pengguna TikTok:

“Proton Persona Tu Anak Tiri Ke? Marah Betul Dekat Empat Beradik Tu Ye”

image is not available

“Biasa Kalau Macam Ni Siapa Yang Akan Kena Saman Ye”

image is not available

“Insurans Pun Basah Kepala Nak Claim Kalau Macam Ini”

image is not available

“Betul Kuat Pukulan Persona Ni”

image is not available

Source: