Sampai ‘Block’ Di Instagram, Pendaki Everest Akhirnya Akui Sherpa Selamatkan Dirinya

5 Jun 2023 • 5:12 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Pendaki terbabit telah diselamatkan oleh seorang sherpa yang sedang mendaki ke puncak Gunung Everest bersama pendaki lain

Sampai ‘Block’ Di Instagram, Pendaki Everest Akhirnya Akui Sherpa Selamatkan Dirinya. Sebelum ini, dilaporkan seorang pendaki Malaysia diselamatkan oleh seorang sherpa yang sedang mendaki ke puncak Gunung Everest bersama seorang lagi pendaki.

Walaupun berkorban untuk mendaki puncak semata-mata untuk menyelamatkan pendaki tersebut, baru-baru ini diketahui mangsa yang diselamatkan tidak mengiktiraf sherpa berkenaan dalam semua penampilan media berhubung penyelamatannya, yang menyebabkan netizen berasa tidak berpuas hati.

image is not available
Sampai ‘Block’ Di Instagram, Pendaki Everest Akhirnya Akui Sherpa Selamatkan Dirinya

Sherpa membawa pendaki turun dari puncak

Berita tentang T Ravichandran, atau juga dikenali sebagai Ravi, diselamatkan oleh seorang sherpa selepas ditemui di death zone berbahaya (di mana suhu di bawah -30°C) Gunung Everest, membanjiri media baru-baru ini.

Antara yang tular adalah video Gelje Sherpa, sherpa yang menyelamatkan mangsa, dilihat menjalankan misi menyelamat dengan membawa Ravi turun dari puncak. Difahamkan, Gelje sedang membimbing seorang pendaki lain ke puncak apabila menemui Ravi di death zone Gunung Everest dan terpaksa memujuk pendaki yang dibimbingnya untuk meninggalkan misi ke puncak.

Menurut laporan, Gelje menyatakan bahawa antara semua misi menyelamat yang telah dilakukannya di Gunung Everest selama bertahun-tahun sebagai sherpa, misi menyelamat khusus ini adalah yang paling sukar yang pernah dilakukannya.

Baru-baru ini, Ravi melahirkan rasa terima kasih kepada pasukan penyelamat di media sosial, khususnya menyebut ‘The 14th Peaks Expedition Co’ dan ‘Global Rescue’ tanpa memperakui individu lain yang terlibat.

image is not available
Kredit: IG @ravieverest

Didakwa memadam komen yang menegur perkara tersebut

Perkongsian Ravi menimbulkan kemarahan netizen, kerana dia gagal memberi penghargaan kepada sherpa yang menyelamatkannya semasa ekspedisinya ke Gunung Everest baru-baru ini.

Keadaan menjadi lebih buruk apabila Ravi didakwa telah memadam komen pada siarannya yang menegurnya kerana menyembunyikan kebenaran dan juga didakwa menyekat Gelje di Instagram.

Selepas ditegur oleh netizen kerana tidak mengakui penyelamatnya yang sebenar, Ravi telah meminda perkongsian Instagramnya untuk mengakui orang yang terlibat dalam penyelamatannya.

image is not available
Kredit: IG @ravieverest

Menerima reaksi negatif dari netizen antarabangsa

Rata-rata netizen bersoal mengapa maklumat penting sedemikian perlu disembunyikan kerana ia nampaknya mangsa seola-olah ‘tidak berterima kasih’ kepada penyelamat mereka.

Tinjauan pada ruangan komen perkongsian lelaki ini juga mendapati bahawa isu-isu seperti ini malangnya adalah tindak balas biasa, menandakan bagaimana sherpa berkorban begitu banyak untuk client mereka tetapi dibayar dengan sedikit rasa terima kasih.

Saya tengah berfikir, kenapa? Awak akan berterima kasih kepada syarikat ekspedisi yang mendaki bersama awak tetapi bukan individu yang menyelamatkan nyawa awak?”

Kita pernah membincang pasal ini, tapi saya rasa ini sebenarnya tindak balas biasa yang menyedihkan kepada sherpa yang menyelamatkan awak di atas gunung.”

Memalukan. Tapi, betapa hebatnya Sherpa untuk membawa seorang lelaki dewasa ditambah peralatan lain di ketinggian seperti itu.”

Mujur, Ravi telah mengakui Gelje dan sherpa lain yang menyelamatkannya. Semoga ini menjadi peringatan kepada semua orang untuk sentiasa berterima kasih kepada mereka yang tampil membantu pada masa anda memerlukan.

Lagi di sini: