Sampai Buat Menteri Pendidikan Sebak, Guru Dari Lawas Dinobat Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2023

16 May 2023 • 10:03 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tahniah diucapkan kepada Cikgu Anne!

Sampai Buat Menteri Pendidikan Sebak, Guru Dari Lawas Dinobat Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2023. Cikgu Anne Margarette Kho @ Anne Sophia binti Kho, seorang guru dari SK Belipat Lawas baru-baru ini dinobat sebagai Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2023.

Penghargaan ini diberikan kerana Cikgu Anne memperkenalkan konsep kedai runcit di dalam sekolahnya yang telah membantu meningkatkan semangat dan motivasi pelajar untuk belajar dengan lebih rajin.

image is not available
Sampai Buat Menteri Pendidikan Sebak, Guru Dari Lawas Dinobat Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2023

Cikgu Anne memperkenalkan konsep kedai runcit untuk memupuk semangat pelajarnya

Menteri Pendidikan, Dr. Fadhlina Sidek yang hadir pada majlis anugerah tersebut telah merasa sebak dan memberikan ucapan tahniah kepada Cikgu Anne atas usaha gigihnya dalam mengembangkan pendidikan di negara ini.

Beliau berharap inisiatif seperti konsep kedai runcit dapat diambil sebagai contoh dan diadaptasi di sekolah-sekolah seluruh Malaysia.

Antara konsep kedai runcit yang diperkenalkan oleh Cikgu Anne adalah memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan hadiah-hadiah ganjaran dengan menjawab soalan kuiz. Dalam kedai runcit ini, pelajar-pelajar yang berjaya menjawab soalan kuiz tertentu akan diberikan hadiah seperti mainan, alat tulis dan pelbagai lagi.

image is not available

Kisah Cikgu Anne ini telah membuatkan Menteri Pendidikan sebak semasa ucapan beliau

Cikgu Anne melihat bahawa pelajar-pelajarnya yang tergolong dalam kategori pemulihan memerlukan motivasi tambahan untuk dapat hadir ke sekolah dan belajar dengan lebih rajin. Maka, dengan konsep kedai runcit ini, Cikgu Anne berharap dapat memotivasikan pelajarnya untuk belajar dan hadir ke sekolah.

Melalui usaha kerja keras Cikgu Anne, sekolah ini berhasil mencapai tahap kejayaan yang tinggi di dalam program pemulihan akademik. Pelajar-pelajar yang sebelumnya mengalami kesukaran dalam pembelajaran kini menjadi lebih rajin dan bersemangat. Konsep kedai runcit yang dijalankan oleh Cikgu Anne telah berjaya memberikan impak yang positif kepada anak didiknya.

image is not available

Cikgu Anne bukan sahaja telah mendidik pelajar-pelajarnya dengan penuh kesabaran tetapi juga berjaya mencipta inovasi pendidikan yang memberikan kesan yang positif kepada kejayaan pelajar-pelajarnya.

Semoga ianya menjadi satu contoh kepada guru-guru di luar sana Dan tahniah diucapkan kepada guru-guru yang bersungguh mendidik anak muridnya.

image is not available
Sumber: Twitter

Lagi artikel menarik, anda boleh baca pautan di bawah: