“Sampai Dah Mati Laki Aku, Orang Asyik Tanya Lagi Isu Peti Ais” – Ina Naim

LocalFamily & Parenting
30 Sep 2025 • 1:40 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laporan Kosmo, isteri kepada Allahyarham Suhaimi Saad iaitu Ina Naim tampil memaklumkan bahawa rumahnya sudah pun mempunyai pelbagai kelengkapan, antaranya adalah peti ais.

“Sampai suami aku dah mati..”

Ina atau nama sebenarnya, Nordiana Mohd Naim memaklumkan perkara tersebut susulan topik ‘peti ais’ kembali menjadi bualan ramai di platform media sosial.

Rumah saya sekarang sudah ada peti ais dan kelengkapan lain.

image is not available

Dalam pada masa yang sama, Ina yang juga merupakan salah seorang peserta untuk rancangan Talk To My Manager meluahkan dirinnya tidak faham kenapa isu peti ais sering diperkata ramai.

Sampai dah mati laki aku. Orang asyik tanya lagi isu peti ais. Sekarang rumah saya dah ada peti ais. Bukan itu sahaja mesin basuh, televisyen, sofa pun ada.

Suami baru sediakan segala kelengkapan

Wanita itu turut berkata suami barunya sudah pun menyediakan segala kelangkapan di dalam rumah dan dirinya sangat berterima kasih kepada suami.

image is not available

Dahulu kita tolak ada sebab. Kali ini saya terima pun ada sebab. Dahulu rumah kami dekat dengan kedai. Tetapi sekarang jauh. Di Kelantan banyak kedai di tepi jalan. Barang jualan pula sangat murah. Sayur satu ikat baru berharga 50 sen. Sekarang mana ada.

Sekadar info, Ina Naim dan Suhaimi Saad mendirikan rumah tangga pada tahun 2007, namun pada November 2023, penyanyi nasyid tersebut telah menghembuskan nafasnya yang terakhir akibat jangkitan kuman di paru-paru.

image is not available 2025-09-23 12:03:22

Ina Naim Tak Anggap Peti Ais Satu Keperluan - "Ada Tapi Tak Function"