“Sampai Hari Ini Tak Ada Jawapan..” – Anne Abdullah Masih Tertanya-Tanya Kronologi Kehilangan Nadia Kesuma Di Jeddah

LocalEntertainment
29 Jun 2026 • 3:23 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pelakon Anne Abdullah mengakui sehingga kini masih tertanya-tanya mengenai kronologi kehilangan Allahyarhamah Nadia Kesuma sebelum disahkan meninggal dunia di Jeddah pada Januari lalu.

Ketika ditemui media, Anne menjelaskan dia bukan berniat mempertikaikan keputusan pihak berkuasa, sebaliknya hanya mahu mengetahui apa yang sebenarnya berlaku kepada arwah sebelum ditemui.

Advertisement
View this post on Instagram

“Sampai hari ini tak ada jawapan, hanya tahu serangan jantung. Tapi sebagai kakak dan kawan, saya nak tahu masa arwah meninggal dunia tu siapa yang bawa pergi hospital?”

“Tak akan tiada siapa beritahu dekat balai polis atau kaunter lapangan terbang. Sebab lepas tiga hari, baru arwah dijumpai. Itu pun selepas menteri buat pengumuman.”

Anne berkata demikian ketika ditemui pada majlis Viewing Party drama Luka Di Hujung Setia yang berlangsung di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut Anne, suami Allahyarhamah, Profesor Dr Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah turut berusaha mendapatkan penjelasan berhubung kejadian itu, termasuk cuba melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV), namun tidak dibenarkan.

anne abdullah noor kesuma

“Suami dia frust juga lah. Dia pergi dekat lapangan terbang, minta nak tengok CCTV tapi tak dapat. Mereka tak benarkan.”

“Tapi kita ada hak untuk tanya sebab tiga hari hilang dah hari keempat baru jumpa. Jadi kami rasa macam ralat sikit lah.”

Bagaimanapun, Anne tetap bersyukur kerana jasad Allahyarhamah akhirnya berjaya ditemui dan segala urusan pengurusan jenazah dapat disempurnakan.

Terdahulu, pada 15 Januari lalu, Nadia Kesuma dilaporkan gagal dikesan selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah.

Allahyarhamah menaiki penerbangan pada malam sebelumnya menerusi sebuah agensi pelancongan bagi menyertai pakej umrah Jeddah-London sebelum disahkan meninggal dunia beberapa hari kemudian.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: “Sampai Hari Ini Tak Ada Jawapan..” – Anne Abdullah Masih Tertanya-Tanya Kronologi Kehilangan Nadia Kesuma Di Jeddah2026-06-29 12:29:13

Dakwa Anak Dihalau Dari Rumah, Ibu Zahirah Bidas Kenyataan Zainol MacWilson - "Tinggalkan Kami Dengan Hutang, Ada 2 Skandal!"

The post “Sampai Hari Ini Tak Ada Jawapan..” – Anne Abdullah Masih Tertanya-Tanya Kronologi Kehilangan Nadia Kesuma Di Jeddah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved