Sampai Hati Rosakkan Lamborghini Bos

LocalPolitics
30 Aug 2024 • 7:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Gara-gara bengang dibuang kerja, seorang lelaki tergamak merosakkan kereta mewah Lamborgini Urus milik majikannya di Taman Melawati, Ampang, baru-baru ini.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail selepas menerima laporan kes khianat yang dibuat pemilik syarikat pengawal keselamatan berusia 46 tahun.

"Semakan mendapati suspek mempunyai tiga rekod lampau bersabit pelbagai kes jenayah," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, motif perbuatan khianat ialah disebabkan suspek tidak berpuas hati kerana telah dipecat dari kerja oleh majikannya.

Sekeping gambar yang dimuat naik ke media sosial menunjukkan kereta jenis Lamborgini Urus itu alami kerosakan di bahagian bonet, cermin sisi, cermin hadapan dan bumper hadapan dengan kesan toreh dan pecah.

Bagaimanapun, suspek yang merupakan pemandu kereta kepada isteri pemilik syarikat berkenaan telah direman empat hari sehingga Ahad untuk siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.