‘Sampai hospital bukaan 4cm.’ Usop kini ayah, isteri selamat bersalin anak sulung lelaki

Entertainment
25 Nov 2022 • 2:24 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

PENYANYI Usop kini bergelar bapa apabila isterinya, Nur Fatihah selamat bersalinkan cahaya mata sulung mereka.

Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor, 25, berkongsi berita gembira tersebut di laman Instagramnya baru-baru ini.

Naib juara Mentor Milenia 2017 dan Big Stage musim ketiga itu memuat naik foto isterinya, Nur Fatihah Md Hasim bersama anak sulung mereka.

image is not available

“Alhamdulilah. Assalamualaikum Muhamad Saif Umar. Terima kasih yang mendoakan isteri Usop,” titipnya.

image is not available

Terdahulu, isteri Usop memuat naik video memohon doa daripada warga maya. Nur Fatihah yang mesra disapa Teha turut menceritakan ketika tiba di hospital, pemeriksaan doktor mendapati bukaan serviks sudah mencecah 4 sentimeter (cm).

“Datang hospital tidak makan langsung. Doktor kata sudah buka 4cm. Kelam kabut cari roti dan air kotak,” coretnya tentang pengalaman kelahiran anak sulung mereka.

image is not available

Peminat rata-rata teruja tentang perkongsian berita menggembirakan itu. Usop menerima ucapan tahniah daripada rakan artis dan warga maya sempena kelahiran Muhammad Saif Umar.

Ujar mereka:

– “Tahniah daddy Usop.”

– “Syukur Allhamdullillah tahniah Usop.”

– “Tahniah usop dan isteri. Semoga menjadi anak yang soleh.”

– “Tahniah Usop dan isteri, sudah bergelar daddy dan mummy.”

– “Gebu nya ‘baby’, tidak sabar hendak tengok.”

Usop dan isteri selamat diijabkabulkan pada 3 Januari lalu di Pejabat Agama Daerah Butterworth, Permatang Tok Gelam, Pulau Pinang.

Sebelum itu, mereka mengikat tali pertunangan pada 4 November 2021.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan

View Original Article