“Sampai Ke Tahap Tu” – Gadis ‘Complain’ Nasi Goreng Pattaya Sendu, Pemilik Restoran Buat Laporan Polis

Food
23 Sep 2022 • 12:50 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kenaikan harga barang mentah secara tidak langsung telah membuatkan barang-barang seperti makanan dan minuman dijual dengan harga yang lebih mahal.

Bagi mereka yang selalu membuat pesanan makanan secara dalam talian, pastinya mengharapkan juadah yang disediakan sedap dan berbaloi dengan harga.

Namun, seorang gadis baru-baru ini ada memuat naik video di TikTok mengenai hidangan nasi goreng Pattaya yang diterimanya lebih indah khabar dari rupa.

Kata gadis itu, sudahlah mahal, nasi goreng Pattaya yang diterimanya juga sekadar telur yang dilapik di atas nasi dan bukannnya dibungkus dengan nasi seperti kebiasaannya.

Namun begitu, video yang mendapat jutaan tontonan itu akhirnya mendapat perhatian tuan restoran itu sendiri.

Yang lebih mengejutkan, pemilik restoran itu mengatakan bahawa memang itu sebenarnya hidangan nasi goreng pattaya yang dijual di kedainya.

Pemilik restoran itu juga telah membuat laporan polis kerana merasakan tindakan gadis itu sebagai memalukan serta menjejaskan reputasi perniagaannya.

Menjengah ke ruangan komen video tersebut, ramai netizen tampil ‘backup’ gadis tersebut malah dia juga dilihat sanggup membeli nasi goreng Pattaya itu buat kali kedua setelah dituduh netizen menipu dalam video asal yang dimuat naik olehnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 6 jam lalu

"Dah Kebulur Sangat Ke?" - Lelaki Ugut Rider Sebab Hantar Makanan Lambat, Tapi Kena Kecam Balik Dengan Netizen