“Sampai Tahun 2023 Masih Pukul Wanita, Tunjuk Jari Satu” – Farid Kamil Dedah Isteri Masih Trauma Dipukul Seorang Individu

Entertainment
8 Mar 2023 • 12:28 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, pelakon hebat Farid Kamil ada memuat naik status di Instagram Story seolah-olah menyindir individu yang mengasari wanita lain dan menurutnya, individu terbabit telah pun mengasari wanita sejak tahun 2005 hinggalah ke hari ini.

Menurut Farid, individu lelaki terbabit mempunyai watak anak munafik yang dipaparkan seperti dalam filem dan diadaptasi ke dunia realiti.

Setelah meraih perhatian, pelakon tersebut berkata niatnya bukan mahu mengungkit hal lama tetapi hanya memberitahu perkara fakta mengenai individu tersebut.

image is not available

Dalam pada itu, Farid turut memberitahu disebabkan status IG Story tersebut, individu tersebut telah menghantar ‘balachi’ untuk mengutuk filem lakonannya yang bakal ditayangkan di pawagam iaitu Anwar The Untold Story.

Bahkan bapa kepada dua orang cahaya mata itu memberitahu individu berkenaan pernah mempunyai ‘sejarah silam’ memukul isterinya, Diana Danielle.

image is not available

image is not available

Tambahannya lagi, Diana sehingga kini masih trauma serta terkesan dengan insiden dipukul oleh individu terbabit.

Malah, pelakon filem Remp-It turut sempat menegaskan untuk kaum lelaki agar menghormati golongan wanita dan bukannya mengasari mereka.

image is not available 2 hari lalu

"Penat Nak Melayan Traumatic Memories Orang Kena Pukul" - Farid Kamil Cakap Pasal Siapa?