“Sampai Terasa Berayun-ayun…” Bali Digegar Gempa Bumi, Penghuni Hotel Cemas Dinding Merekah

22 Aug 2022 • 6:52 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Pada petang tadi, Indonesia digemparkan dengan satu gegaran gempa bumi yang berlaku di Selatan Bali. Perkara itu telah mencetuskan panik terhadap penduduk di sekitar kawasan tersebut.

Bgaimanapun, sejurus bencana alam itu melanda, seorang individu yang dipercayai wanita tempatan berkongsikan video tentang keadaan terkini ruangan biliknya di sebuah hotel.

Berdasarkan video yang berdurasi 15 saat dimuat naik di media sosial dan dikongsikan semula oleh @frenkyf1, ia menunjukkan keadaan hadapan dan dalam bilik wanita terbabit yang mengalami kesan retakan.

“Gempa bumi Bali, berlaku dua kali gegaran besar sampai terasa berayun-ayun #gempabali 22/08/22,” tulis hantaran video yang dimuat naik itu.

Dalam pada itu, bahagian depan bilik jelas kelihatan dinding yang retak sehingga menampakkan struktur dalaman bangunan tersebut.

Tambahan pula, siling pada hadapan pintu biliknya turut terjatuh ekoran gempa bumi selain bekas retakan simen dan struktur bangunan yang memenuhi ruangan lantai sama ada di dalam bilik mahupun laluan luar.

Sementara itu, seorang lagi warganet bernama Muzammin turut berkongsi video rakaman detik-detik berlakunya gempa bumi di kawasannya.

“Weh gempa bumi dekat Ubud Bali. Semua tiba-tiba keluat dari kedai dekat Ubud Art Market ni,” katanya menerusi ruangan kapsyen.

Berdasarkan video itu, terpapar jelas riak cemas yang muncul di hampir setiap pengunjung yang sedang berada di pasar di lokasi kejadian.

Terdahulu, satu gegaran gempa bumi sederhana bermagnitud 5.8 dikesan berlaku di Selatan Bali, Indonesia dalam kejadian pukul 4:36 petang tadi, maklum Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia).

Menurut Met Malaysia, pusat gempa bumi tersebut adalah terletak di 9.5 darjah selatan dan 115.6 darjah timur dengan kedalaman 141 kilometer.

Difahamkan, pusat gempa itu juga dikesan terletak kira-kira 98 kilometer tenggara dari wilayah Denpasar, Indonesia.

Bagaimanapun menurut Met Malaysia, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia yang dikeluarkan setakat ini.