“Sampai Terpaksa Tolak Tawaran Lain” – Konsert Batal Sebab Tak Laku? Aisha Retno Bersuara

LocalEntertainment
11 Nov 2024 • 12:19 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Konsert Sutera Aisha Retno yang sepatutnya berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 16 November ini, telah dibatalkan atas alasan kekurangan jualan tiket.

Penyanyi, Aisha Retno atau nama sebenar Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, akhirnya bersuara dan mendedahkan sikap sebenar penganjur konsert iaitu Kharisma Music Festival. Alamak, apa yang berlaku sebenarnya?

Aisha mahu konsert diteruskan namun…

image is not available
Kredit foto: Aisha Retno

Aisha yang berkongsi perkara tersebut di Instagramnya semalam berkata, pihaknya ingin meneruskan konsert berkenaan namun tiada apa tindakan yang boleh dibuat.

Sebenarnya keputusan dan pengumuman pembatalan konsert tersebut dilakukan tanpa perbincangan dengan pihaknya.

Mereka tidak mahu berbincang. Saya rasa penganjur kurang profesional dengan mengeluarkan kenyataan sebelum ini tentang konsert.

Sepatutnya perlu buat pengumuman umum terlebih dahulu dan maklumkan pada saya supaya saya tahu apa sedang berlaku.-Katanya

Aisha dedah tolak banyak tawaran lain sebab konsert

image is not available
Kredit foto: Aisha Retno

Aisha juga berkongsi yang beliau sangat terkesan dengan pembatalan ini, walaupun pada peringkat permulaan beliau ragu kerana masih baru dalam industri muzik. Namun penganjur yang meyakinkan Aisha.

Konsert ini membawa kesan cukup besar di mana saya terpaksa menolak dan menarik diri daripada beberapa acara dan festival kerana sebahagian syarat perjanjian.-Jelas Aisha

Aisha sebenarnya tidak ada rancangan untuk membuat konsert solo seperti ini, kerana Aisha baru sahaja tamat acara besar seperti Anugerah Juara Lagu dan The Hardest Singing Show. Dia hanya merancang untuk berehat dan membuat showcase kecil-kecilan sahaja.

Aisha dakwa penganjur lempar semua beban kepadanya

Aisha juga mendedahkan, pihak penganjur seolah memberikan semua tugasan perancangan seperti kewangan dan pemasaran kepadanya.

Bila kenyataan dibuat, Aisha merasakan pihak penganjur seakan meletakkan semua kesalahan kepadanya. Tindakan ini juga, Aisha menyifatkan sebagai penindasan yang tidak masuk akal.

Akhir sekali, Aisha juga memohon maaf kepada semua peminatnya yang sudah membeli tiket dan mendoakan agar apa-apa konsert akan datang diberikan kelancaran.

#OhmediaNasihat

Semoga semua pihak mengambil iktibar daripada kisah ini, komunikasi yang jelas dan kerjasama yang erat penting untuk memastikan kelancaran sesuatu perancangan dapat berjalan dengan baik.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram Aisha Retno