Sampai tutup jalan! Netizen selar tindakan orang ramai rai ‘pejalan kaki ke Mekah’

LocalOpinion
15 Dec 2024 • 4:54 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Sampai tutup jalan

Tindakan orang ramai meraikan ketibaan pejalan kaki yang mahu ke Mekah bagi menunaikan haji tahun hadapan sampai tutup jalan utama telah membuatkan sesetengah netizen berang.

Menerusi video yang diperoleh dari TikTok shamira5525, dia telah memuat naik momen sewaktu dua orang pengembara yang sedang berjalan kaki bagi meneruskan misi menunaikan haji pada tahun hadapan dengan cara tersebut.

image is not available

Sampai tutup jalan dan ganggu kelancaran trafik?

Walau bagaimanapun, unggahan berkenaan telah menerima kritikan daripada netizen dengan menyatakan tindakan sesetengah pihak yang bersungguh-sungguh meraikan ketibaan pengembaraan tersebut seakan mengganggu kelancaran trafik.

Mana tidaknya, jalan raya yang mempunyai beberapa lorong terpaksa ditutup bagi memberi laluan kepada pengembara serta beberapa pengiring yang sedang melalui kawasan tersebut.

image is not available

Sampai tutup jalan hingga kenderaan berat terpaksa bertukar-tukar laluan

Dapat dilihat juga kenderaan berat terpaksa mengelak dan bertukar-tukar lorong bagi memberi laluan kepada orang ramai yang sedang bertemu serta meraikan pengembara tersebut di jalan raya berkenaan.

image is not available

Pengiring tak perlu kot sampai tahan2 kenderaan

Perkongsian yang dibuat oleh pengguna TikTok itu telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang kebanyakkannya berasa kurang senang dengan tindakan itu.

Mereka menyatakan apa yang dilakukan orang ramai bukan sahaja menyusahkan pengguna jalan raya tetapi turut membahayakan nyawa sendiri terutamanya sewaktu leka mengambil gambar ataupun video para pengembaran tersebut.

image is not available

Buat baik tak salah, tapi sampai makan jalan ni susah juga

image is not available

Buat benda baik jangan sampai susahkan orang lain

image is not available

Nampak macam abang treler tu marah

image is not available

Apa-apa pun, tidak salah meraikan orang yang sedang melakukan kebaikkan, namun mereka juga perlu peka dengan keadaan orang lain yang sama-sama melalui kawasan tersebut.

Sama-samalah kita mengambil pengajaran dan semoga apa yang sedang dilakukan pengembaran terbabit dipermudahkan serta dilancarkan perjalanan mereka hingga ke Tanah Suci.

Sumber: TikTok shamira5525